Monday, March 28, 2011


BANGUN DARI TIDUR KE ALAM YANG NYATA


Bersyukur aku kepada Allah kerana pada hari ini , hari Selasa 29 hb Mac 2011 , aku telah sedar kembali dari keadaan lemah dan alhamdulillah sekarang ini bersemangat dan bertenaga kembali menghadapi hidup di dalam alam yang nyata. Selama 17 tahun aku membiarkan keadaan berlalu dengan tiada mengambil tindakan tegas untuk menentukan apa yang aku mahu. Aku telah membiarkan orang menentukan hala tuju hidupku yang aku sedari sekarang amat merugikan.


Insyaallah mulai dari sekarang aku akan mula memandu hidup aku mengikut panduan Islam , iaitu hidup itu hendaklah bermatlamatkan perjalanan menuju akhirat. Aku hendaklah mengelakan diri dari menjadikan dunia sebagai tujuan hidupku. Aku yakin seyakin-yakinnya bahawa anak , isteri dan harta adalah perhiasan hidup. Aku juga hendaklah berwaspada dengan peringatan Allah bahawa anak dan isteri jika kita tidak berhati-hati adalah musuh kita.


Harta dan anak isteri adalah suatu amanah . Aku hendaklah mengelak diriku dari menjadi hamba harta. Harta sepatutnya menolong kita menjalani hidup dengan selesa dan tidak sebaliknya.


Ya Allah ! Aku bersyukur atas segala nikmat yang Engkau telah kurniakan kepada aku. Apa yang aku inginkan semasa remaja telah Engkau kabulkan. Aku akan hayati ayat-ayat Al-Qur'an berikut sehingga akhir hayat , Insyaallah :-


4. Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa , kemudian Ia bersemayam di atas "Arasy ; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafa'at selain dari Allah ; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil 'itibar (untuk mencapai keredhaanNya ) ?


5. Allah mentadbirkan makhlukNya ; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan ) dari langit ke bumi ; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang berlaku dari pelaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya ) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah ) banyak bilangan tahunya menurut hitungan masa kamu yang biasa.


6. Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa , lagi Maha Mengasihani :-


7. Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya , dan dimulakanNya kejadian manusia dari tanah ;


Aku berdoa semoga Allah redhai apa yang aku akan lakukan sehingga akhir hayat aku.