Saturday, December 08, 2007



Hari Jumaat 7hb Disember 2007 merupakan satu dugaan yang besar bagi diriku.Sewaktu sembahyang suboh di Masjid Al- Hidayah aku dapati sukar untuk berdiri kerana kebas dan lemah di kedua-dua belah kaki. Aku berdoa bersungguh- sungguh semoga aku dapat menyempurnakan sembahyang aku bersama-sama dengan jemaah lain.

Pada masa itu terlintas dihati mengenai "Taubat ". Aku sungguh terharu kerana telah dapat menyempurnakan sembahyang. Sebagai menanda kesyukoran , aku berikrar untuh menjadi seorang yang patuh dengan perintah Allah. Aku mengambil keputusan untuk mandi limau bagi membersihkan tubuh aku dari perkara-perkara yang mencemarkan. Yang penting sekarang adalah mendampingkan diri dengan Allah. Alhamdulillah pada pagi ini ( 9 hb Disember 2007 ) aku menjumpai ayat 7 Surah Al Mujaadalah yang bermaksud :-

"7. Tidakkah engkau memikirkan , bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi ? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dialah yang keempatnya , dan tiada ( berlaku antara ) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya , dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai , melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. "

Alhamdulillah Allah telah mengilhamkan pada aku sakitnya seseorang itu tidak bererti Allah tidak lagi sayang padanya. Aku diingatkan bahawa Rusulullah juga pernah mengalami kesakitan dan disuatu ketika perlu dipapah ke masjid untuk bersembahyang.