Wednesday, December 22, 2010


"Act like a King , not a courtier - being too soft could cost you your throne"

Ada kebenarannya ayat yang tersebut diatas. Allah menghendaki kita mengurus sendiri harta dan segala kurniaanNya dan tidak melepaskan tanggunjawab tersebut kepada orang lain sehingga kita merasai hilang kawalan dan tiada kuasa atas harta dan hak kita.

Allah minta kita berdampingan dengan orang-orang yang salih setiap masa terutamanya pada waktu malam dan pagi. Cara yang mudah mencapai maksud ini adalah dengan seberapa boleh bersembahyang berjemaah di masjid waktu Magrib , Isya' dan Subuh. Untuk bersedia menghadapi hari esoknya adalah baik jika kita minta panduan Allah semasa menyempurnakan sembahyang Tahjud di tengah malam.

Untuk menjaga akhlak yang baik kita hendaklah bila bercakap merendahkan suara dan bila berjalan sederhanakan langkah. Kita janganlah bermasam muka dan memandang rendah orang lain tidak kira apa kedudukan mereka.

Kita hendaklah bersyukur atas segala kurniaan dan nikmat yang Allah beri kita. Sentiasalah berdoa' untuk mendapat perlindungan dan keredhaan Allah. Untuk mengingatkan aku bahawa Allah telah mengurniakan aku banyak nikmat dan diantaranya kebun yang subur yang terdapat sungai mengalir melaluinya maka aku akan meletak papan tanda dengan kalimah "MASYA'ALLAH" di pintu masuk ke dusun aku.

Yang terbaru aku diamanahkan menduduki Istana Raja Musa. Aku hendaklah menjadikannya tempat tinggal yang selesa bagi diri dan kerabatku serta dilengkapkan dengan pelamin tempat orang mengaji , dewan makan untuk khenduri, dan bilik mesyuarat untuk membincangkan program kemajuan ekonomi , sosial , dan jika ada permasalahan keluarga.

Akhir kalam aku hendaklah memperkayakan diri aku dengan mengembara melihat kebesaran ciptaan Allah , makan pelbagai jenis makanan yang baik lagi halal dengan sederhana , dan berkenal-kenalan dengan semua manusia dengan tidak mengambil kira bangsa , keturunan dan kedudukan mereka.

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.


Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Istana Raja Musa,
Lot 150 Kampong Lintah,
Slim Village,
Perak Daru Ridzuan.
22hb Disember 2010