Sunday, June 27, 2010

BERSERAH SEGALA-GALANYA KEPADA ALLAH.

Syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya diberiNya saya kesempatan untuk meneruskan hidup mengikut keredhaanNya.

Mulai dari hari ini saya berazam untuk menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Saya akan sedaya upaya berbaik sangka dengan setiap makhluk Allah. Saya tidak akan menghukum seseorang tetapi akan berserah kepada Allah. Ini akan membebaskan diri saya dari gangguan syaitan yang sentiasa berusaha menanam perasaan was-was dalam jiwa seseorang sehingga ia kaku dan tidak dapat bergerak.

Alhamdulillah kerja membaikpulih rumah Moyang sudah siap sepenuhnya pada 15hb Jun 2010. Kemuncaknya sebelum saya balik ke Petaling Jaya saya telah menjumpai duit siling empat segi lama dimana tercatit "George King and Emperor of India" di rumah tersebut. Ini adalah bersesuaian dengan peristiwa pemuda-pemuda yang bertapa di gua (Surah Al -Kahfi) mempunyai wang purba berbanding dengan wang terdapat dizaman mereka bangun dari tidur (mereka bertapa selama 300 tahun ). Pada saya apa yang berlaku ini menandakan berakhirnya zaman kegelapan Keluarga Raja Billah berbanding dengan zaman kegemilangannya lebih 50 tahun dahulu.

Insyaallah Kampong Lintah , Slim Village , Perak Darul Ridzuan akan membangun semula mulai dari sekarang.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain.

Monday, June 14, 2010











SELEPAS SUBUH 14HB JUN 2010








Tarikh yang tersebut diatas adalah penting dalam kehidupanku. Pada masa itu aku berumur 66 tahun, 6 bulan , 6 hari , dan 6 saat. Pada pagi Hari Isnin 1 Rejab tersebut saya telah bersembahyang Subuh di Masjid Al-Hidayah , Kelana Jaya.








Selepas sembahyang seperti biasa kami membaca sehelai muka surat Al- Quran dan mendengar terjemahannya. Pada pagi tersebut kebetulan kami membaca Surah Al Kahfi yang berkaitan dengan kisah nabi Musa belajar dengan Nabi Khidir .Selepas majlis membaca Al-Quran kami diingatkan supaya mengambil kesempatan berpuasa sunat tiga hari dalam bulan Rejab. Saya membuat keputusan untuk berpuasa pada hari itu. Alhamdulillah ini dapat saya sempurnakan.








Ini besar ertinya kepada aku kerana baru siap membaikpulih Istana Moyangku Raja Musa bin Raja Billah di Kampong Lintah , Slim Village , Perak Darul Ridzuan. Aku sekarang merasa lega kerana telah berjaya menyiapkan kerja-kerja membangunkan semula kampong aku yang sudah lama terbiar. Sekarang aku merasai diriku bebas dari memikul tanggungjawab yang besar. Tindakan seterusnya adalah menikmati segala pemberian Allah dalam kehidupan seharianku.








Alhamdulillah sudah sempurnalah fasa hidupku bagi membina semula kampongku dan Keluarga Raja Billah. Aku sekarang bebas dari tekanan menguruskan perkara tersebut .Jika umur panjang tarikh yang dituju selepas ini adalah 15hb Julai 2021. Matlamatnya adalah untuk menjadi hamba Allah sebenar-benarnya menjelang tarikh tersebut. Amin.