Wednesday, December 22, 2010


"Act like a King , not a courtier - being too soft could cost you your throne"

Ada kebenarannya ayat yang tersebut diatas. Allah menghendaki kita mengurus sendiri harta dan segala kurniaanNya dan tidak melepaskan tanggunjawab tersebut kepada orang lain sehingga kita merasai hilang kawalan dan tiada kuasa atas harta dan hak kita.

Allah minta kita berdampingan dengan orang-orang yang salih setiap masa terutamanya pada waktu malam dan pagi. Cara yang mudah mencapai maksud ini adalah dengan seberapa boleh bersembahyang berjemaah di masjid waktu Magrib , Isya' dan Subuh. Untuk bersedia menghadapi hari esoknya adalah baik jika kita minta panduan Allah semasa menyempurnakan sembahyang Tahjud di tengah malam.

Untuk menjaga akhlak yang baik kita hendaklah bila bercakap merendahkan suara dan bila berjalan sederhanakan langkah. Kita janganlah bermasam muka dan memandang rendah orang lain tidak kira apa kedudukan mereka.

Kita hendaklah bersyukur atas segala kurniaan dan nikmat yang Allah beri kita. Sentiasalah berdoa' untuk mendapat perlindungan dan keredhaan Allah. Untuk mengingatkan aku bahawa Allah telah mengurniakan aku banyak nikmat dan diantaranya kebun yang subur yang terdapat sungai mengalir melaluinya maka aku akan meletak papan tanda dengan kalimah "MASYA'ALLAH" di pintu masuk ke dusun aku.

Yang terbaru aku diamanahkan menduduki Istana Raja Musa. Aku hendaklah menjadikannya tempat tinggal yang selesa bagi diri dan kerabatku serta dilengkapkan dengan pelamin tempat orang mengaji , dewan makan untuk khenduri, dan bilik mesyuarat untuk membincangkan program kemajuan ekonomi , sosial , dan jika ada permasalahan keluarga.

Akhir kalam aku hendaklah memperkayakan diri aku dengan mengembara melihat kebesaran ciptaan Allah , makan pelbagai jenis makanan yang baik lagi halal dengan sederhana , dan berkenal-kenalan dengan semua manusia dengan tidak mengambil kira bangsa , keturunan dan kedudukan mereka.

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.


Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Istana Raja Musa,
Lot 150 Kampong Lintah,
Slim Village,
Perak Daru Ridzuan.
22hb Disember 2010

Thursday, October 28, 2010

PANDUAN CARA MENGURUS HARTA, KONTRAK PERJANJIAN , KESELAMATAN DIRI DAN UMAT ,KESIHATAN MENGIKUT AL-QUR'AN

Alhamdulillah pada jam 1.00 pagi Jumaat 29hb saya telah siap mengarang "Cara menjadi pemimpin yang berkesan seperti yang ditunjuk dalam Al-Qur'an". Ini akan menjadi panduan hidupku untuk membangun diri , keluarga dan umat.

Thursday, September 09, 2010


HIDAYAH YANG DIPEROLEHI PADA PAGI 1 SYAWAL TAHUN HIJRAH 1431


Kita selalu berusaha mendapat kepuasan hidup. Ianya seolah-olah sukar diperolehi. Lagi kita berusaha lagi jauh kita dari sasaran yang dituju.


Pagi ini saya teringat firman Allah bahawa isteri , anak dan harta adalah amanah Allah sebagai satu ujian kepada kita. Saya mempunyai harta dalam bentuk tanah tetapi ianya tidak memberi faedah kepada saya dan sebaliknya saya telah membelanja wang yang agak besar bagi menyelenggaranya. Mengapa ? Saya melihat dari segi mempunyai tanah sahaja dan tidak bagaimana untuk mendapatkan pulangan darinya.


Tindakan terbaik sekarang adalah mengusahakan tanah-tanah tersebut untuk mengeluarkan hasil. Jika saya tiada keupayaan untuk memajukannya sendiri saya perlu memajak tanah tersebut atau mengushakannya secara usaha sama.


Saya bersyukur kepada Allah kerana dikurniakanNya apa yang saya idamkan semenjak kecil. Dengan penemuan baru ini saya akan dapat menikmati sepenohnya anugerah Allah yang pasti akan memberi kepuasan kepada diri saya dan keluarga.

Saturday, September 04, 2010


AMANAH MEMBANGUN SEMULA DAN MEMAKMURKAN KAMPONG LINTAH , SLIM VILLAGE ,PERAK ,WARISAN RAJA BILLAH.


Parang berayat yang diperolehi pada tahun 2005 adalah lambang kuasa untuk mempertahankan diri , harta dan kampong. Ini diikuti dengan amanah mewarisi Istana Raja Musa yang telah terbiar begitu lama pada penghujung tahun 2008.


Kemuncaknya adalah sebaik siap sahaja Istana Raja Musa di baik pulih pada pertengahan Jun 2010 terdapat duit siling 20 sen King George ke VI di bangunan tersebut. Ini melambangkan pemulihan ekonomi akan berlaku bagi membolehkan kerja-kerja membangun semula Kampong Lintah.

RAMADHAN 1431 MERUPAKAN MASA YANG GEMILANG BAGI AKU


Alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah kerana telah di kurniakan kepada aku nikmat yang begitu banyak sekali dalam hidup ini.


Semasa aku kecil kedua ibu bapa aku telah memberi didikkan yang terbaik mungkin mengikut kemampuan dimasa itu. Aku telah mendapat perkerjaan yang baik di Jabatan Penerbangan Awam , Malaysia yang membolehkan aku mendapat pengelaman yang luas didalam dan diluar negara.


Selepas aku bersara aku telah mendapat parang berayat di dusun aku dikampong Lintah , Slim Village Perak.

Monday, August 16, 2010

Besyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya saya telah menikmati semula kebebasan seperti yang saya telah alami sebelum tahun lapan puluhan.

Kebebasan adalah suatu perkara yang mahal yang sungguh indah jika kita memperolihinya. Saya dengan ini mengajak saudara/saudari yang mempunyai idea bagai mana untuk memakmurkan dunia untuk kebaikkan ummuh bertukar-tukar fikiran dengan saya. Semuga perkara yang kita mulakan ini di bulan Ramadhan akan di berkati Allah.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Alhamdulillah sudah 6 (enam ) hari berpuasa di bulan Ramadhan. Semuga Allah menerima puasa aku.

Apa yang yang aku dapat sehingga ini adalah KESEDARAN bahawa apa yang aku cari sebelum ini sudah tercapai dengan izin Allah. Aku sebelum ini tidak fokus dalam membuat sesuatu. Aku selalu teringat kampong yang semakin lama semakin terbiar hingga menjadi belukar. Pada awal tahun 2009 aku telah mengambil keputusan untuk membuka kembali kampong yang disuatu hari dahulu sungguh cantik.

Usaha mula aku adalah memperbaikki rumah Moyang aku Almarhum Raja Musa bin Raja Billah. Aku tinggalkan semua urusan lain aku untuk menyiapkan projek ini. Alhamdulillah ianya sudah pun siap dan serentak dengan itu aku merasa tenang. Semua rasa mudah sekarang untuk dilakukan. Tiada lagi galangan dan halangan seperti dahulu.

Untuk tanda kesyukuran kepada Allah aku akan menceburkan diri dalam projek-projek kemasyarakatan untuk bersama-sama memajukan ummah , Insyaallah.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain.

Sunday, July 11, 2010

PANDUAN HIDUP 12HB JULAI 2010 BERSAMAAN 30HB REJAB 1431 HIJRAH

Aku memohon dengan Allah untuk memberi aku kekuatan untuk meneruskan hidup berpandukan sunnah dan akhlak Rasullullah s.a.w.

Aku mulakan hari ini dengan berpuasa sunat bulan Rejab dan menjadikan matlamat hidup aku seperti berikut , Insyaallah :-

(a )Mencari keredhaan Allah dengan mematuhi suruhanNya dan meninggalkan laranganNya
(b )Melihat kebesaran Allah dengan mengembara dan menikmati keindahan ciptaanNya
(c )Makan rezeki Allah yang baik lagi halal dengan sederhana.
(d )Berkenal-kenalan dengan semua kaum dan bangsa di seluruh dunia sebagai salah satu usaha menambah ilmu pengetahuan
(e )Menjadi pemimpin dan ikutan yang baik lagi adil sepanjang masa.
(f )Melibatkan diri dalam perniagaan dan perusahaan.
(g )Menjaga dan mengusahakan dengan baik tanah-tanah yang telah dikurniakan dan diamanah Allah dan mengeluarkan zakat mengikut kaedah yang ditentukan Allah.
(h )Menjadi pendakwah yang berhemah.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain

Sunday, June 27, 2010

BERSERAH SEGALA-GALANYA KEPADA ALLAH.

Syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya diberiNya saya kesempatan untuk meneruskan hidup mengikut keredhaanNya.

Mulai dari hari ini saya berazam untuk menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Saya akan sedaya upaya berbaik sangka dengan setiap makhluk Allah. Saya tidak akan menghukum seseorang tetapi akan berserah kepada Allah. Ini akan membebaskan diri saya dari gangguan syaitan yang sentiasa berusaha menanam perasaan was-was dalam jiwa seseorang sehingga ia kaku dan tidak dapat bergerak.

Alhamdulillah kerja membaikpulih rumah Moyang sudah siap sepenuhnya pada 15hb Jun 2010. Kemuncaknya sebelum saya balik ke Petaling Jaya saya telah menjumpai duit siling empat segi lama dimana tercatit "George King and Emperor of India" di rumah tersebut. Ini adalah bersesuaian dengan peristiwa pemuda-pemuda yang bertapa di gua (Surah Al -Kahfi) mempunyai wang purba berbanding dengan wang terdapat dizaman mereka bangun dari tidur (mereka bertapa selama 300 tahun ). Pada saya apa yang berlaku ini menandakan berakhirnya zaman kegelapan Keluarga Raja Billah berbanding dengan zaman kegemilangannya lebih 50 tahun dahulu.

Insyaallah Kampong Lintah , Slim Village , Perak Darul Ridzuan akan membangun semula mulai dari sekarang.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain.

Monday, June 14, 2010











SELEPAS SUBUH 14HB JUN 2010








Tarikh yang tersebut diatas adalah penting dalam kehidupanku. Pada masa itu aku berumur 66 tahun, 6 bulan , 6 hari , dan 6 saat. Pada pagi Hari Isnin 1 Rejab tersebut saya telah bersembahyang Subuh di Masjid Al-Hidayah , Kelana Jaya.








Selepas sembahyang seperti biasa kami membaca sehelai muka surat Al- Quran dan mendengar terjemahannya. Pada pagi tersebut kebetulan kami membaca Surah Al Kahfi yang berkaitan dengan kisah nabi Musa belajar dengan Nabi Khidir .Selepas majlis membaca Al-Quran kami diingatkan supaya mengambil kesempatan berpuasa sunat tiga hari dalam bulan Rejab. Saya membuat keputusan untuk berpuasa pada hari itu. Alhamdulillah ini dapat saya sempurnakan.








Ini besar ertinya kepada aku kerana baru siap membaikpulih Istana Moyangku Raja Musa bin Raja Billah di Kampong Lintah , Slim Village , Perak Darul Ridzuan. Aku sekarang merasa lega kerana telah berjaya menyiapkan kerja-kerja membangunkan semula kampong aku yang sudah lama terbiar. Sekarang aku merasai diriku bebas dari memikul tanggungjawab yang besar. Tindakan seterusnya adalah menikmati segala pemberian Allah dalam kehidupan seharianku.








Alhamdulillah sudah sempurnalah fasa hidupku bagi membina semula kampongku dan Keluarga Raja Billah. Aku sekarang bebas dari tekanan menguruskan perkara tersebut .Jika umur panjang tarikh yang dituju selepas ini adalah 15hb Julai 2021. Matlamatnya adalah untuk menjadi hamba Allah sebenar-benarnya menjelang tarikh tersebut. Amin.

Monday, May 17, 2010

Memang suatu kenyataan bahawa apabila orang tua kita dahulu membuat sesuatu mereka akan katakan ianya adalah untuk anak cucu mereka. Dari itu adalah wajar kita menjaga dengan baik harta peninggalan mereka. Ini adalah salah satu sebab yang mendorong saya membaik pulih Istana Moyang saya Raja Musa bin Raja Billah supaya tidak disia-siakan peninggalan beliau.

Saya berdo'a semoga usaha saya ini menepati maksud ayat 37 SurahIbrahim Juz ke 13 supaya Istana tersebut dapat digunakan sebahagian dari zuriat keturunanku mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadah) dan semoga Allah menjadikan sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka , (supaya datang beramai-ramai ke situ ) , dan di kurniakanNya rezeki kepada mereka dari pelbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman , semoga mereka bersyukur.

Adalah tanggungjawab kita memelihara orang tua kita semasa mereka tua dan membantu ahli keluarga dan kerabat kita yang memerlukan seperti terdapat dalam ayat-ayat 23 , 24, 25, dan 26 Surah Al-Israa' Juz ke 15 :-

23. Dan Tuhanmu telah perintahkan , supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata , dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya , atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu , maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar ) sekalipun perkataan "Ha" , dan janganlah kamu menengking menyergah mereka , tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun ).

24. Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu , dan do'akanlah (untuk mereka , dengan berkata ) : "Wahai Tuhanku ! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil ".

25. Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu ; kalaulah kamu orang-orang bertujuan baik mematuhi perintahNya maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

26. Dan berikanlah kepada kerabatmu , dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing ; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau-lampau.

Semoga Istana Raja Musa akan menjadi tempat berkumpulnya zuriat keturunan kami , tempat beribadah , dan tempat menimba ilmu dunia dan akhirat.

Friday, May 14, 2010

Hidup kita yang baik adalah berpandukan kepada apa yang terdapat dalam Al-Qur'an. Pada hari ini saya tertarik dengan ayat-ayat Al-Qur'an 38 ,39 , 40 dan 41 yang terdapat dalam Surah Ibrahim Juz ke 13.

38. "Wahai Tuhan kami ! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan ; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi , yang tersembunyi kepada Allah !

39. "Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua : Ismail dan Ishaq . Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan do'a permohonan.

40. "Wahai Tuhanku ! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku . Wahai Tuhan kami, perkenankanlah do'a permohonanku.

41. "Wahai Tuhan kami ! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman , pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan".

Ayat 39 aku sesuaikan dengan kedudukan aku dimana Allah telah mengurniakan semasa aku tua semua yang aku idamkan semasa mudaku. Ini termasuklah memulihkan Istana Moyang Aku , Raja Musa bin Raja Billah. Alhamdulillah dengan siapnya kerja membaikpulih Istana tersebut ianya aku jadikan sebagai rumah isthirehat hujung minggu dan semasa cuti awam. Ini akan membolihkan aku memajukan tanah di kampong.

Tuesday, January 05, 2010

MENGWUJUDKAN KUMPULAN ANAK RAJA YANG BERSATU YANG MENYUMBANG KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA

Alhamdulillah melalui internet kita berpeluang untuk berkenalan dan mengeratkan persaudaraan seIslam. Marilah kita ambil kesempatan ini bergabung tenaga yang Insyaallah akan membawa kita kembali ke zaman gemilang masa lampau.

Banyak yang saudara-saudara telah buat mengumpul kumpulan masing-masing. Langkah selanjutnya marilah kita memperkukuhkannya lagi dengan saling kenal-mengenali antara kumpulan-kumpulan pula.

Apa yang diperlukan adalah untuk mendapat pandangan saudara-saudara bulan berapa tahun ini sesuai kita adakan perjumpaan tersebut. Ianya tidak perlulah diadakan secara besar-besaran sekadar peringkat "protem " sahaja. Soalan yang kedua dimana kita adakan perjumpaan tersebut.Tidak perlulah kita adakan di hotel. Memadai ianya diadakan dirumah atau di Kampong. Jika tiada tempat yang sesuai ianya bolih diadakan di Kampong saya secara sambil berkelah.

Sila beri pandangan saudara untuk tindakan selanjutnya.

Wassalam,

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Kelana Jaya ,Petaling Jaya.
email :rahmandain@yahoo.com
H/P : 012 2845897