Saturday, October 27, 2007



MEMBERSIHKAN DIRI UNTUK KESELESAAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP DUNIA AKHIRAT

Bermula dengan puasa Ramadhan Tahun Hijrah 1428 bersamaan Tahun 2007 aku berazam untuk membersihkan diri zahir dan batin melalui amalan pemakanan yang baik dan dimana bolih bersembahyang mengikut waktu kerana sembahyang itu mencegah kemungkaran.

Bersyukur aku kepada Allah kerana aku telah dikurniakan banyak ilmu pengetahuan dan pengelaman hidup. Yang penting sekarang adalah menggunakannya dengan sebaik mungkin untuk memajukan diri bagi kesejahteraan hidup yang diredhai Allah.Aku bertuah kerana dikurniakan sebuah rumah di Petaling Jaya sebagai tempat menginap bila berada di Pusat Komersil di Bandaraya Kuala Lumpur dan sebuah resort dinamakan Taman Rekreasi Kesihatan Kem Raja Billah di Slim Village. Adalah harapan aku Surau yang dinamakan Ramadhan yang aku bina di Taman tersebut akan menjadi Pusat Pengajian Islam berasaskan Al-Qur'an pada masa hadapan ,Insyaallah.

Hidup adalah diibaratkan sebagai suatu perjalanan. Aku berdoa semoga hidup dan mati aku kekal dalam Islam. Yang pasti hidup di dunia ini akan melalui dugaan dan doaku semoga Allah menguatkan iman aku supaya bersabar dan tidak putus asa.Ayat-ayat 52 hingga 58 Surah Az-Zumar juz ke 24 berikut adalah sebaik-baik peringatan supaya tidak berputus asa :-

52. (Mengapa mereka menda'wa demikian ) , tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya ,dan Ia juga yang menyempitkannya ? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan ( ilmu dan kebijaksanaan Allah ).

53. Katakanlah (wahai Muhammad ) : "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri ( dengan perbuatan-perbuatan ma'siat ), jangalah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa ; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun , lagi Maha Mengasihani.

54. "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat , serta berserah bulat-bulat kepadaNya , sebelum kamu didatangi azab ; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

55. "Dan turutlah - Al- Qur'an - sebaik-baik ( panduan hidup ) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu , sebelum kamu didatangi azab secara mengejut , sedang kamu tidak menyedarinya.

56. " (Diperintahkan demikian ) supaya jangan seseorang ( menyesal dengan ) berkata : ' sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipanku terhadap Allah , serta aku menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan ( ugama Allah dan penganut-penganutnya) ! -

57. " Atau berkata : 'Kalaulah Allah memberi hidayah pertunjuk kepadaku , tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ' "

58. "Atau berkata semasa ia melihat azab : 'Kalau aku dapat kembali ke dunia , nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan ! ' "

Tuesday, October 23, 2007



Tindakan Kerajaan memberi penekanan kepada bidang pertanian adalah suatu langkah yang setiap rakyat Malaysia perlu bantu menjayakannya. Kita sekarang menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu dan dengan ancaman pemanasan bumi (global warming ) adalah tanda-tanda awal dunia akan menghadapi musim kemarau yang teruk dimana bekalan makanan akan berkurangan. Sebagai sebuah negara Islam kita hendaklah menggalakkan negara-negara lain untuk turut serta dalam usaha menambah bekalan makan untuk tempoh tujuh tahun akan datang. Ini adalah untuk membantu menghadapi tujuh tahun selepas itu dimana mungkin akan berlaku kemarau selama tujuh tahun berikutnya. Penyelidekan bagimana untuk melipat gandakan pengeluaran hasil pertanian dan juga cara-cara untuk menyimpannya supaya tidak rosak dalam jangka panjang hendaklah di jalankan dengan segera.Kita perlu menghayati ayat-ayat 47, 48 dan 49 surah Yusof untuk menangani masalah ini :-

47. Yusof menjawab : Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut , kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya ; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

48. "Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya , yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya ; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan ( untuk menjadikan benih ).

49. "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah ( hasil anggur , zaitun dan sebagainya.)

Kita hendaklah bersyukur kepada Allah kerana telah menurunkan Al- Qur'an sebagai panduan kepada umat manusia cara untuk mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Friday, October 19, 2007

MEMULAKAN HIDUP CARA BARU MULAI 7HB SYAWAL 1428 BERSAMAAN 20HB OKTOBER 2007
Alhamdulillah aku sudah berjaya berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal 1428. Ianya memberi aku semangat untuk hidup secara berlapang dada tanpa keloh kesah. Aku akan menikmati hasil usaha dari sumbanganku kepada keluarga dan masyarakat sebelum ini :-
1944- 1962 : Zaman kanak-kanak dan persekolahan yang penoh dengan aktiviti-aktiviti menggembirakan. Pengelaman sebagai seorang "scout " membina watak aku sebagai seorang insan yang mudah bergaul dengan semua orang tidak kira bangsa, keturunan, warna kulit dan ugama.
1963 - 1994 : Zaman pekerjaan yang penoh dengan aktiviti-aktiviti yang membanggakan dan memberi kepuasan hati. Banyak tempat yang telah dilawat ; banyak projek pembangunan lapangan terbang yang telah disiapkan di seluruh negara dan ramai orang telah di kenali.
1994 - 2007 : Zaman hidup bebas dengan tiada perancangan yang spesifik. Berbagai pengelaman telah telah dilalui. Pahit maung dan manis hidup telah dirasai. Banyak masa telah dihabiskan memikir nasib bangsa dan negara. Banyak surat telah dikarang dan dihantar kepada kepimpinan negara mencadangkan bagaimana untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul dari masa kesemasa. Aku puas hati melihat negara telah dapat mengatasi masalah kehancuran ekonomi pada tahun 1997 hingga 2003. Aku juga berusaha untuk menyatukan bangsa dari berpecah belah akibat perselisehan politik.Terdapat kemajuan dalam usaha tersebut.
Tempoh ini merupakan sumbangan terbesar aku kepada negara. Banyak cadangan yang dikemukakan telah diterima dengan baik dan dilaksanakan. Ini membantu menstabilkan negara. Malaysia juga telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam contoh.
2008 dan seterusnya : Mulai dari sekarang aku akan mengguna sepenohnya kurniaan Allah , iaitu kuasa memerintah di bumi dan menujukkan aku jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukan. Aku misti percaya pada diri sendiri dan redha dengan kehendak Allah.
Untuk menjadi seorang yang disenangi oleh semua aku berdoa kepada Allah supaya dapat pertunjukNya untuk memahami dan menghayati ayat-ayat 43 dan46 surah Al- Ahzab berikut :-
43. Dialah yang memberi rahmat kepada kamu dan malaikatNya pula (berdo'a bagi kamu ) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap gelita (kufur dan maksiat ) kepada cahaya yang terang benderang ( iman dan taat ) ; dan adalah ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (didunia dan di akhirat )
46. Dan juga sebagai penyeru ( umat manusia seluruhnya ) kepada ugama Allah dengan taufiq yang diberiNya ; sebagai lampu yang menerangi.

Thursday, October 18, 2007


SEMBAHYANG MEMBAWA KEJAYAAN

Pada pagi 7 hb Syawal 1428 bersamaan dengan 19hb Oktober 2007 bersyukur aku kepada Allah kerana telah diberiNya hidayah mengenai nikmat menunaikan sembahyang dengan sempurna.

Jika kita beramal dengan surah Al -Fatihah kita menjadi seorang yang berkeyakinan dalam semua bidang hidup. Kita berada di jalan yang lurus dengan penoh yakin bahawa kita tidak kurang dari manusia lain. Hanya Allah yang Maha Kuasa. Perbedzaannya siapa yang lebih Taqwa kepada Allah diantara kita.

Apabila kita tua lazimnya kita akan mula bongkok.Begitu juga kita mula merasai badan kita tidak lagi seimbang. Kita boleh memperlahankan proses ini apabila kita bersembahyang dengan sempurna. Jika kita berdiri tegak diatas tumit kaki dan meluruskan badan kita tidak akan menjadi bongkok.Begitu juga apabila kita melaksanakan rukun-rukun sembahyang yang lain seperti rokok, sujud, duduk antara sujud dan memberi salam membantu kita mengekalkan keseimbangan badan kita. Ini hendaklah dilakukan dengan cergas . Bila bercakap dan berbicara kita hendaklah lakukannya dengan jelas.

Ini semua akan memberi keyakinan bukan sahaja pada diri sendiri tetapi kepada orang lain juga , Insyaallah.

Wednesday, October 17, 2007

Pada pagi ini 6hb Syawal 1428 bersamaan dengan 18hb Oktober 2007 aku telah menjumpai sekeping kertas Memo yang telah ditulis beberap tahun dahulu mencadangkan bagaimana aku perlu menjalani hidup. Aku bercadang melaksanakannya mulai dari sekarang. Berikut adalah apa yang tertulis di Memo tersebut :-

"Aku seorang Raja Mukmin. Dari itu aku hendaklah bertindak secara terbaik dan membersihkan diri dari larangan Allah. Aku misti meningkatkan taraf hidup dan tidak terburu-buru. Aku misti melepaskan semua perkara yang tidak memberi faedah. Aku hendaklah menghindarkan diri dari menjalankan perkara yang remeh temeh dan menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang besar. Cara hidupku hendaklah berubah kepada yang positif. Aku hendak mula menggunakan sepenuhnya hartaku yang begitu banyak . Aku hendak senantiasa mengamalkan konsep menambah nilai (value added ) kepada apa yang aku ada.

Aku tidak perlu lagi merendah diri kepada manusia. Semuanya dari Allah dan seseorang Islam itu adalah Khalifaf Allah di bumi ini. Jasteru itu aku hendaklah berusaha meletakkan diriku sebagai pemimpin bermula dari rumah tanggaku, keluargaku, kaumku , masyarakatku dan seterusnya Negaraku. Mula dari sekarang aku berikrar akan berpandukan kepada Al- Qur'an dan Sunnah sebagai pertunjuk hidupku. Amin "

Kebetulan pada pagi ini aku bertemu dengan ayat-ayat 108 dan 109 Surah Yunus yang membenarkan niatku untuk menjadikan Al-Qur'an sebagai panduan hidup Ku :-

108. Katakanlah ( wahai Muhammad ) : "Wahai sekalian manusia ! Telah datang kepada kamu bebenaran ( Al- Qur'an ) dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah pertunjuk (beriman kepadanya ) , maka faedah hidayah pertunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri ; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) , maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri; dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran ) kamu"

109. Dan turutlah apa yang diwahikan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam ) sehingga Allah menghukum (diantaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan ) , kerana Dialah sebaik-baik Hakim.

Sebagai pelengkap aku akan mula menerangkan dengan sejelas-jelasnya apa yang aku usahakan dan matlamatnya kepada orang yang rapat denganku. Ini akan menghindar sebarang kekeliruan yang menimbulkan rasa tidak senang sesama sendiri yang membantut kemajuan sesebuah projek.


Pada hari ini aku mendapat semangat baru untuk meneruskan hidup dengan jayanya.Aku dapati Surah ke 93 ADH-DHUHA memberi bimbingan bahawa Allah tidak meninggalkan kita. Yang perlu kita hendaklah menzahirkan ni'mat pemberian Allah sebagai bersyukur kepadaNya.Kita hendaklah berusaha menjadikan hari ini lebih elok dari hari sebelumnya.Al-Qur'an adalah pertunjuk Allah dan jika beramal dengannya Allah akan memberi kejayaan dan kebahagian di dunia dan di akhirat.

Kita hendaklah sentiasa berbuat baik kepada anak yatim dan membantu orang yang meminta bantuan dari kita. Kita tidak boleh berlaku sombong.

Masa yang paling baik untuk bermunajat dengan Allah adalah di waktu sunyi sepi malam dan semasa suboh.

Tuesday, October 16, 2007


LEADING A SIMPLE LIFE
Praise to Allah I have completed the 1st 3 days of fasting in the month Syawal 1428 this evening Tuesday 16th of October 2007.By Saturday 20th of October I will be celebrating my second Hari Raya Aidilfitri.
My aim in life is to lead a simple life from now.I plan to do more reading, writing and travelling.I will let the younger generation develop and manage my land.
I am lucky to have friends from all walks of life and of all the races found in the country. I have much to gain as I will be continuously exposed to new experience brought by the multi ways of living of my friends.
The attached photograph showed how we enjoyed our 3 days 2 nights tour of the National Park in Pahang in September 2002.From left to right : Balwant Singh, Raja Abdul Rahman, Loke Yeong Hon and Tan Seow Poo. Tan is suggesting we should go to Kenyir Dam next.
Finally I wish all my frriends Happy Depavali , Merry Christmas and A Happy New Year.

Friday, October 12, 2007



Alhamdulillah Allah telah memberi aku kekuatan untuk berpuasa sepenoh bulan Ramadhan Tahun Hijrah1428. Pada Hari Raya Aidilfitri 1hb Shawal 1428 bersamaan hari Sabtu 13hb Oktober 2007 saya bersyukur kerana Allah telah membebaskan aku dari belenggu terikat dengan kampong aku. Aku sekarang rasa bebas sebagai rakyat dunia dan tidak lagi terperangkap secara physical dan mental untuk memajukan kampongku yang tidak berkesudahan. Aku akan biarkan ia membangun secara tersendiri dengan tidak berusaha melakukannya secara berlebihan.

Pada pagi ini saya telah mendapat hidayah melalui ayat-ayat 82 hingga 90 Surah Al-An'aam Juz 7 sebagai panduan hidupku. Ini akan aku pegang ke akhir ayat insyaAllah.

Tuesday, October 09, 2007

Alhamdulilah pada pagi 10hb Oktober bersamaan 28hb Ramadhan 1428 saya merasa sihat dan bersemangat.Ini adalah berkat berpuasa dimana hati itu di bersih Allah dari perasaan hasad dengki. Kita juga perlu terus maju kehadapan dan tidak menoleh kebelakang. Yang pentingnya kita tidak berputus asa. Kita juga jangan bersusah hati melihat orang yang lebih berjaya dari kita dalam kehidupan dunia ini.

Bersyukur dengan pemberian Allah. Ikutilah suruhanNya dan tinggalkan laranganNya. Permudahkanlah hidup ini. Jangan gopoh gapah. Nikmatilah keindahan alam semulajadi dan makanlah makanan yang baik lagi halal. Perluaskanlah persaudaraan dan elakkanlah sebarang persengketaan.

Sunday, October 07, 2007

Alhamdulillah pada hari ini 8hb Oktober 2007 bersamaan 26hb Ramadhan 1428 aku mengambil keputusan untuk membersihkan diri dari sebarang perkara yang tercela. Aku akan berusaha menyelesaikan apa-apa masalah seperti membayar semua yang terhutang dan jika pernah berjanji dengan mana-mana orang akan menunaikan janji tersebut.

Aku akan memulakan gaya hidup baru yang mengutamakan keselesaan hidup. Aku akan mengelak diri dari menjalankan kerja-kerja berat yang meletihkan. Aku akan mengelak dari berpanas. Aku akan makan makanan yang baik lagi halal dengan sederhana.Dimana boleh aku akan mengembara melihat kebesaran ciptaan Allah .

Aku bersyukur kerana diamanahkan beberapa bidang tanah yang aku akan usaha sebagai projek pertanian dan pembangunan.

Surah Al-An'aam adalah sebaik-baik petunjuk menjalankan kehidupan yang diredhai Allah. Aku bersyukur kerana mendapat hidayah Allah untuk kekal dalam Islam dan mentauhidkan kehidupan aku :-

"Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah ; Tuhan yang memelihara dan mentadirkan sekalian alam "