Monday, May 17, 2010

Memang suatu kenyataan bahawa apabila orang tua kita dahulu membuat sesuatu mereka akan katakan ianya adalah untuk anak cucu mereka. Dari itu adalah wajar kita menjaga dengan baik harta peninggalan mereka. Ini adalah salah satu sebab yang mendorong saya membaik pulih Istana Moyang saya Raja Musa bin Raja Billah supaya tidak disia-siakan peninggalan beliau.

Saya berdo'a semoga usaha saya ini menepati maksud ayat 37 SurahIbrahim Juz ke 13 supaya Istana tersebut dapat digunakan sebahagian dari zuriat keturunanku mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadah) dan semoga Allah menjadikan sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka , (supaya datang beramai-ramai ke situ ) , dan di kurniakanNya rezeki kepada mereka dari pelbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman , semoga mereka bersyukur.

Adalah tanggungjawab kita memelihara orang tua kita semasa mereka tua dan membantu ahli keluarga dan kerabat kita yang memerlukan seperti terdapat dalam ayat-ayat 23 , 24, 25, dan 26 Surah Al-Israa' Juz ke 15 :-

23. Dan Tuhanmu telah perintahkan , supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata , dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya , atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu , maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar ) sekalipun perkataan "Ha" , dan janganlah kamu menengking menyergah mereka , tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun ).

24. Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu , dan do'akanlah (untuk mereka , dengan berkata ) : "Wahai Tuhanku ! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil ".

25. Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu ; kalaulah kamu orang-orang bertujuan baik mematuhi perintahNya maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

26. Dan berikanlah kepada kerabatmu , dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing ; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau-lampau.

Semoga Istana Raja Musa akan menjadi tempat berkumpulnya zuriat keturunan kami , tempat beribadah , dan tempat menimba ilmu dunia dan akhirat.

Friday, May 14, 2010

Hidup kita yang baik adalah berpandukan kepada apa yang terdapat dalam Al-Qur'an. Pada hari ini saya tertarik dengan ayat-ayat Al-Qur'an 38 ,39 , 40 dan 41 yang terdapat dalam Surah Ibrahim Juz ke 13.

38. "Wahai Tuhan kami ! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan ; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi , yang tersembunyi kepada Allah !

39. "Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua : Ismail dan Ishaq . Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan do'a permohonan.

40. "Wahai Tuhanku ! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku . Wahai Tuhan kami, perkenankanlah do'a permohonanku.

41. "Wahai Tuhan kami ! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman , pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan".

Ayat 39 aku sesuaikan dengan kedudukan aku dimana Allah telah mengurniakan semasa aku tua semua yang aku idamkan semasa mudaku. Ini termasuklah memulihkan Istana Moyang Aku , Raja Musa bin Raja Billah. Alhamdulillah dengan siapnya kerja membaikpulih Istana tersebut ianya aku jadikan sebagai rumah isthirehat hujung minggu dan semasa cuti awam. Ini akan membolihkan aku memajukan tanah di kampong.