Saturday, November 22, 2008

CERAMAH SUBUH YANG MENGHARUKAN

Pagi ini Hari Sabtu 22hb November 2008 aku terharu apabila penceramah antara lain menceritakan bersabit dengan pembinaan Kaabah di Mekah.Dikesahkan Nabi Adam telah membina Kaabah di dunia. Kaabah bagaimanapun telah ditenggelami air bah dizaman Nabi Noh.Allah telah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk membina semula Kaabah supaya diziarahi manusia dari seluruh pelusuk dunia.

Nabi Mohammed s.a.w turut membina semula Kaabah yang ada sekarang dan diziarahi manusia sepanjang masa semada dimusim haji atau pada lain-lain masa.

Aku terkenang usaha aku membaik pulih rumah moyang aku dengan harapan agar keturunan Raja Billah akan dapat berkumpul dari masa kemasa bagi memperkukuhkan persaudaraan sekeluarga. Semoga niat aku diredhai Allah.

Friday, November 07, 2008


TERCAPAINYA HASRAT MEMILIKI RUMAH MOYANG


Pada 26hb Oktober aku telah mendapat persetujuan kakak ipar aku untuk menjual rumah Moyang di Kampong Lintah kepada aku. Keluarga abang aku (Raja Kamarulzaman ) sudah berpindah kerumah baru mereka. Lagi pun rumah Moyang sudah lama tidak didiami dan sudah rosak agak teruk.


Tujuan aku adalah membaik pulih rumah tersebut dan menjadikannya pusat aktiviti keluarga Raja Billah. Hanya dengan demikian dapat menyatukan keluarga Raja Billah yang sudah berpecah dan jika tidak disatukan semula dikhuatiri akan lenyap begitu sahaja. Aku berazam untuk membersihkan sekitar kawasan tersebut supaya Kampong Lintah akan berseri semula.


Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain