Monday, November 21, 2011

MAJLIS TAHLIL BAGI MERAPATKAN TALI PERSAUDARAAN KELUARGA RAJA BILLAH

Insyaallah satu Majlis Tahlil akan diadakan di Istana Raja Musa, Kampong Lintah, Slim Village pada hari Ahad 27hb November 2011 bersamaan dengan 1 Muharram 1433 jam 11.00 pagi. Alhamdulillah sejak tahun 2009 Kampong Lintah telah mula maju dengan pokok buah-buahan mengeluarkan hasil yang lama tidak dinikmati.

Rancangan seterusnya adalah untuk memakmurkan Kampong dan penduduknya dengan memulakan projek Eco-Tourism dan Homestay.

Sunday, August 28, 2011




ISTANA RAJA MUSA (2010)




DOA TAHLIL SEMPENA 100 TAHUN KAPONG LINTAH PADA TAHUN 2009 (2010)



GAMBAR KENANGAN KELUARGA RAJA BILLAH PADA 2010 SEMPENA 100TAHUN KAMPONG LINTAH (2009)







SYUKUR KEPADA ALLAH KERANA MEMBERI AKU KEKUATAN UNTUK MENUNAIKAN PUASA DI BULAN RAMADHAN TAHUN INI (2011 ).


















Alhamdulillah hari ini adalah hari ke 29 berpuasa . Esok atau lusa kita akan merayakan Aidil Fitri jika panjang umur. Aku berdoa semoga Allah akan memelihara aku keakhir hayat sebagai seorang Islam yang diterima amalnya.


















Aku bersyukur atas nikmat-nikmat kurniaan Allah yang diantaranya aku senaraikan di atas:-

Monday, March 28, 2011


BANGUN DARI TIDUR KE ALAM YANG NYATA


Bersyukur aku kepada Allah kerana pada hari ini , hari Selasa 29 hb Mac 2011 , aku telah sedar kembali dari keadaan lemah dan alhamdulillah sekarang ini bersemangat dan bertenaga kembali menghadapi hidup di dalam alam yang nyata. Selama 17 tahun aku membiarkan keadaan berlalu dengan tiada mengambil tindakan tegas untuk menentukan apa yang aku mahu. Aku telah membiarkan orang menentukan hala tuju hidupku yang aku sedari sekarang amat merugikan.


Insyaallah mulai dari sekarang aku akan mula memandu hidup aku mengikut panduan Islam , iaitu hidup itu hendaklah bermatlamatkan perjalanan menuju akhirat. Aku hendaklah mengelakan diri dari menjadikan dunia sebagai tujuan hidupku. Aku yakin seyakin-yakinnya bahawa anak , isteri dan harta adalah perhiasan hidup. Aku juga hendaklah berwaspada dengan peringatan Allah bahawa anak dan isteri jika kita tidak berhati-hati adalah musuh kita.


Harta dan anak isteri adalah suatu amanah . Aku hendaklah mengelak diriku dari menjadi hamba harta. Harta sepatutnya menolong kita menjalani hidup dengan selesa dan tidak sebaliknya.


Ya Allah ! Aku bersyukur atas segala nikmat yang Engkau telah kurniakan kepada aku. Apa yang aku inginkan semasa remaja telah Engkau kabulkan. Aku akan hayati ayat-ayat Al-Qur'an berikut sehingga akhir hayat , Insyaallah :-


4. Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa , kemudian Ia bersemayam di atas "Arasy ; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafa'at selain dari Allah ; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil 'itibar (untuk mencapai keredhaanNya ) ?


5. Allah mentadbirkan makhlukNya ; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan ) dari langit ke bumi ; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang berlaku dari pelaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya ) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah ) banyak bilangan tahunya menurut hitungan masa kamu yang biasa.


6. Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa , lagi Maha Mengasihani :-


7. Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya , dan dimulakanNya kejadian manusia dari tanah ;


Aku berdoa semoga Allah redhai apa yang aku akan lakukan sehingga akhir hayat aku.

Wednesday, February 23, 2011

KESEMPURNAAN HIDUP

Besyukur saya kepada Allah kerana memberi pertunjuk bagaimana untuk menghadapi cabaran hidup dengan tenang.Kita perlu yakin sebenar-benarnya bahawa Allah berkuasa dan kita ini tiada daya upaya .Segala-galanya berlaku dengan izin Allah .Allah telah menunjukkan saya betapa kita tiada upaya mengubah ketentuan Allah. Ini berlaku di Masjid Haram Mekah pada tahun 1983 dimana semasa tahyat saya tiada upaya memberhentikan jari telunjuk saya dari berputar.

Alhamdulillah Allah telah mengurniakan saya apa yang saya idamkan semasa saya muda dahulu. Adalah penting bagi saya sentiasa bersyukur dan menggunakan dengan sebaik-baiknya setiap kurniaan Allah.Kita hendaklah redha dengan ketentuan Allah. Pengelaman di Padang Arafah semasa menuaikan fardhu haji mengingatkan saya tiada apa yang perlu dibanggakan. Apa yang kita ada hanyalah diri kita. Kepada mereka yang lalai dunia adalah permainan hidup dan anak , isteri serta harta adalah perhiasan.

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali.