Monday, January 22, 2007

TAHUN MAAL HIJRAH 1428

Persiapan untuk menyambut tahun Maal Hijrah 1428 bermula pada hari Jumaat 19hb Januari 2007. Pada jam 4.00 petang saya memandu lori Daihatsu BEJ 3164 balik ke Kampong Lintah Slim Village. Lori diisi dengan 3 ekor ayam, 10 bungkus mee hoon , dua kilo gula, 1 botol oren squash, 1 peket teh, 1 peket kopi, 2 bungkus kacang goreng, 1 kilo pulut, dan 3 tin susu cap tekoh.Barang-barang ini adalah untuk dimasak oleh adik saya Raja Zainon bt Raja Mohd Dain bagi kenduri aruah sempena tahun Hijrah 1428 lepas sembahyang Asar pada hari Sabtu 20hb Januari 2007 bersamaan dengan 1 hb Muharam 1428.

Tiba di Tanjung Malim saya membeli sebuah pam air letrik bagi menaikkan air dari telaga kedalam sebuah tangki air 250 gelen yang digunakan untuk menyalurkan air ke bilik air, dapur dan surau Al- Ramadhan. Pada malamnya saya dan Saudara Shafei bin Mohd Yusof telah kerumah Raja Alias berbincang mengenai pemasangan pam air tersebut. Kami balik ke Taman Rekreasi Kesihatan (TARIKAT) KRB jam 11.00 malam dalam keadaan hujan . Kami singgah di gerai makan Mizi untuk makan malam.

Pagi awal Muharam , iatu pada 20hb Januari 2007 dimulakan dengan menyukat berapa dalam telaga, jaraknya ke tiang tangki dan ketinggian tangki dari permukaan tanah. Ini adalah untuk mengetahui berapa panjang poly paip yang diperlukan bagi pemasang pam air tersebut.

Pada jam 10.00 pagi kami kerumah Raja Alias bin Raja Hussain di Sungai Dara dan bersarapan pagi di gerai Taman Selera di Tanjung Malim. Seterus saya membeli minyak lori dan juga minyak petrol untuk mesin memotong rumput. Kami kemudian ke Behrang Stesen untuk membeli poly pipe 1 inci sepanjang 20 meter dan lain-lain peralatan untuk kerja pemasang pam air letrik. Kami balik ke TARIKAT KRB di Kampong Lintah jam 1200 tengahari dan memulakan kerja pemasangan pam air tersebut.

Kerja-kerja pemasangan pam siap jam 4.00 petang dan air mula mengalir dari tangki ke paip-paip air di dalam kompleks KRB. Saya terus mengambil air sembahyang dari paip dekat surau Al- Ramadhan dan bersembahyang 'Asar bila masuk waktunya.

Pada jam 5.00 petang saya dan Raja Loqman bin Raja Kamarulzaman pergi ke rumah Ustaz Mohamad untuk menjemput beliau ke KRB. Kami singgah di rumah Haji Din untuk mengambil 10 batang lemang yang dipesan oleh saudara Shafei bin Mohd Yusof untuk majlis baca doa.

Majlis membaca doa selamat dan doa aruah dimulakan di rumah utama KRB pada jam 5.45 petang. Diantara yang hadir adalah abang saya Raja Kamarulzaman bin Raja Mohd Dain , Raja Alias bin Raja Hussain, Raja Omar bin Raja Aziz dan sebelum itu Raja Kamil bin Raja Aziz serta lebih kurang 30 orang lagi. Hidangan selepas doa dibacakan adalah pulut kuning , nasi, mee hoon goreng, kari ayam, rendang ayam , lemang dan teh susu. Majlis bersurai jam 6.30 petang.

Majlis tersebut berjaya kerana ia telah membawa suasana tenang di TARIKAT KRB.

Di Tulis oleh Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain di KRB pada 20hb Januari 2007.

Tuesday, January 16, 2007

TANDA SEORANG KETURUNAN RAJA

Adakah ini tanda
Aku seorang Raja
Allah jadi aku pemimpin
Yang Adil lagi alim

Ke langit aku terbang
Jauh dapat ku pandang
Dengan cessna membelah awan
Bersyukur nampak kebesaran Tuhan

Puncak gunong Ledang dan Kinabalu
Sepenoh tenaga aku mendaki
Kebesaran Allah tersemat di kalbu
Keindahan alam aku nikmati

Parang puting aku jumpa
Di Taman Rekreasi tanah pusaka
Kalimah 'Lailahaillallah' terpahat padanya
Pasti orang bertaqwa yang empunya

Aku rasa cukup bertuah
Pokok nyior gading berbuah
Airnya ku minum berdua-duaan
Tempurungnya ku awit dan ku simpan

Gajah kenderaan orang bangsawan
Ku tunggang di Bangkok untuk kenangan
Di Sabah ku mendapat pengiktirafan
Bintang Sultan Perak , tabik hormat dan khidmat kecemerlangan

Ke Mekah ku pergi sudah
Padang Arafah sungguh nyaman
Setelah mendapat anugerah Allah
Di Beting Beras Basah aku bersiram

September 2005

Monday, January 15, 2007

Membaca Al-Quran setiap lepas sembahyang suboh adalah untuk mendapat hidayah dari Allah bagaimana hendakmenjaga tingkah laku sepanjang hari supaya berada didalam keredhaanNya.

Sunday, January 14, 2007

Fwd: Menghayati Al-Qur'an

Memahami kandungan surah Al-Khafi

---------- Forwarded message ----------
From: 60178780978@mms.maxis.net.my <60178780978@mms.maxis.net.my>
Date: Jan 15, 2007 9:15 AM
Subject:
To: 690ster@gmail.com

Saturday, January 13, 2007

Lambang PSV dalam bentuk pokok (P) ,kapalterbang supersonic concorde (S) dan lembah atau valley (V) adalah ringkasan kepada Precision ,Speed , Value ,iaitu , Tepat ,Cepat dan Bermutu adalah cara untuk melakukan sesuatu mengikut Al-Qur'an. PSV juga adalah ringkasan kepada Pencetus Strategik Vision dimana setiap orang mistilah mempunyai pemikiran yang strategik untuk maju kehadapan.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Pada hari Isnin 8hb Januari 2007 maka genaplah umur aku 63 tahun.Besyukur aku kepada Allah kerana memberi aku kesempatan meneruskan hidup sebagai seorang Islam mukmin dan berdoa supaya terus berada dalam keadaan ini sehingga akhir hayat.

Hari ini Ahad 14hb Januari 2007 aku membaca surah Al - Alaq selepas sembahyang subuh.Timbulah kesedaran Allah telah jadikan aku dari sebuku darah beku dan mengurniakan nikmatNya kepada aku sebagai seorang insan yang sempurna dan sebaik-baik kejadian.

Dari itu aku berikrar mulai dari sekarang akan melafazkan "Bismillahirrahmanirrahim" bila melakukan sesuatu. Aku akan sujud dan mendampingkan diriku kepada Allah dengan taat dan beramal salih.

Pada hari Ahad 14hb Januari 2007