Wednesday, June 24, 2009

Maksud Ayat 41 Surah An-Nahl Juz 14

Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah , sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh Islam) , Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik ; dan sesungguhnya pahala ( amal mereka yang baik itu ) lebih besar di akhirat kelak , kalaulah mereka mengetahui.

Insyaallah pada hari Khamis 2 hb Rejab 1430 bersamaan dengan 25 hb Jun 2009 saya mula menjadikan rumah Raja Musa bin Raja Billah (Moyang saya) di Kampong Lintah , Slim Village , Perak Darul Ridzuan sebagai rumah rehat utama saya. Insyaallah rumah ini akan menjadi pusat aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan keluarga Raja Billah.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain

Monday, June 08, 2009

PERMULAAN HIDUP BARU 9.6.2009

Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya yang memberi aku kesihatan untuk menikmati hidup sehingga saat ini.Selama 15 tahun aku telah mengalami hidup yang ditempuhi orang yang kurang bernasib baik. Kesusahan hidup yang aku alami sangat berguna kerana dengan itu aku dapat merasai nikmat yang aku telah perolihi untuk sekian lama.

Sekarang aku akan meneruskan hidup seperti orang biasa dengan menikmati segala kemudahan yang ada. Yang penting adalah hidup untuk keredhaan Allah. Aku akan teruskan usaha menikmati hidup seperti yang aku idamkan semasa kecil dahulu. Insyaallah.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain