Friday, July 24, 2009

KUPASAN MENGENAI PERISTIWA ISRAK DAN MI'RAJ DI KULYAH SUBUH PADA PAGI 3 SYAABAN BERSAMAAN 25HB JULAI 2009

Syukur kepada Allah kerana pada pagi ini Ustaz telah menceritakan pengajaran yang kita perlu hayati disebalik peristiwa Israk dan Mi'raj.

Untuk menjadi Khalifah kita perlu mempunyai Ilmu dan Iman. Allah mengangkat darjat seseorang yang berilmu dan beriman. Dengan Ilmu seseorang bolih menguasai dunia sementara dengan beriman seseorang akan berjaya diakhirat.

Sebelum Israk dan Mi'raj hati Nabi Muhammad s.a.w. dibelah dan dicuci serta diisi dengan Iman. Nabi menaiki Boraq , iatu simbol penguasaan teknologi dari Masjidil Haram keMasjidil Aqsa. Dari Masjid Aqsa Nabi telah naik kelangit 7 dan bertemu dengan 7 orang Nabi dimana tiap-tiap Nabi mempunyai ciri-ciri tersendiri bagi kita anuti sebelum kita bolih menjadi Khalifah yang diredhai Allah.

Nabi Isa menunjukkan zuhud , Nabi Yusof melambangkan seorang yang tidak tergoda olih wanita , Nabi Harun melambangkan seseorang pitah berkata-kata bagi menyampaikan sesuatu mesej , Nabi Musa adalah seoarang yang berjaya menghadapi umat yang degil , Nabi Sulaiman adalah sesorang yang menguasai kekayaan dan Ilmu , dan Nabi Ibrahim adalah seseorang yang tebal Imannya .

Dilangit ketujuh Allah telah memerintahkan kepada Nabi sembahyang 50 waktu sehari semalam. Nabi Musa telah cadangkan Nabi meminta Allah mengurangkan jumlah waktu sembahyang kerana berpendapat perintah itu berat untuk dilaksanakan umat .Nabi telah berbuat demikian sehinggalah tinggal 5 waktu sahaja dan Nabi malu untuk memohon untuk mengurangkannya lagi.Peristiwa ini melambangkan seorang yang kanan kedudukannya boleh menerima pandangan orang dibawahnya .

Alhamdulillah aku sekarang jelas apa yang aku patut amalkan jika aku hendak menjadi khalifah yang diredhai Allah.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain.

Tuesday, July 21, 2009

HARI SELASA 21HB JULAI 2009 BERSAMAAN 28HB REJAB TAHUN HIJRAH 1430

Sempena dengan peristiwa Israk dan Mi'raj bulan Rejab tahun Hijrah 1430 aku berazam untuk meningkatkan cara hidup aku kejalan yang diredhai Allah.

Dengan kurniaan Allah aku dilahirkan anak Raja maka adalah wajar untuk aku mula dari sekarang bertindak sebagai seorang pemimpin membawa anak buah dan masyarakat ke arah kebaikan yang diredhai Allah dunia dan akhirat.

Aku bersyukur dengan kurniaan Allah dimana aku telah mendapat pelbagai kemudahan, pengelaman , dan yang paling utama nikmat Islam. Aku perlu menjadi contoh yang baik kepada ummah dengan menyebarkan perkara-perkara yang positif. Aku dengan ini hendaklah berusaha menjadi Khalifah yang diredhai Allah.

Persiapan yang diperlukan adalah menghormati diri sendiri sebagai langkah untuk membolihkan orang menghormati aku. Aku hendaklah meningkatkan imej dengan berpakaian kemas dilengkapi dengan senantiasa berlapang dada dan memberi senyuman.

Tugas utama aku adalah membuka semula Kampong Lintah dan membangunkan rumah pusaka Moyang aku Raja Musa bin Raja Billah dan rumah pusaka Aki aku Raja Hamid bin Raja Musa. Rumah-rumah tersebut hendaklah dijadikan Istana Raja Billah. Disinilah usaha untuk mengumpul dan menyatukan keturunan Raja Billah dimulakan.

Matlamat hidup aku seterusnya adalah mengembara melihat ciptaan Allah di muka bumi , makan makanan yang baik lagi halal , dan berkenal-kenalan dengan semua manusia tidak mengira bangsa , kaum , keturunan , agama dan warna kulit. Untuk mencapai tujuan tersebut aku hendaklah berusaha memperkukuhkan ekonomi aku dengan menggunakan dengan sebaik-baiknya harta kurniaan Allah kepada aku.

Semoga Allh merestui niat aku ini , Insyaallah

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain.