Wednesday, April 22, 2009

MENGGUNAKAN SUMBER EKONOMI SEPENUHNYA UNTUK KEJAYAAN DIRI DAN UMMAH

Mula hari ini saya akan melihat apa yang ada pada saya dan menggunakannya dengan sebaik mungkin. Pada masa-masa yang lalu olih kerana saya banyak pilihan maka saya telah membiarkan tanah saya terbiar. Ini sangat merugikan dan perlu ditangani dengan segera.

Buat permulaan saya akan menanam pisang dan nenas di tanah saya seluas 4 ekar di kampong. Saya perlu belajar dengan orang bagaimana untuk mengendali projek tersebut yang terletak di Slim Village Perak kerana saya tinggal di Petaling Jaya. Bak kata orang sebaik-baiknya kita hendaklah tinggal di tempat kita berusaha.

Jika sekiranya ada saudara membaca tulisan ini dan berminat dalam bidang pertanian silalah beri ulasan saudara. Kita boleh jalankan usaha sama bagi menjayakan pertanian sebagai suatu perniagaan yang mengutungkan.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain

Sunday, February 15, 2009

AL FATIHAH

Alhamdulillah mulai hari ini saya akan mengamalkan inti pati surah Al-Fatihah. Ini adalah cara memerdekakan diri dalam erti sebanarnya. Amin

Monday, January 19, 2009

PERBINCANGAN YANG MEMBAWA PENOH PENGERTIAN

Pada hari Ahad 18hb Januari 2009 saya telah ke Slim untuk meneruskan kerja tanah bagi projek menanam nenas di Lot PT 2199 seluas 4 ekar.

Pada petangnya saya telah ke Sungai Bil untuk mandi .Airnya jernih dan sejuk yang menyegarkan. Saya telah memikirkan kedudukan sebenar diri saya yang saya dapati dalam keadaan baik dan tindakan selanjutnya adalah untuk terus bergerak maju.

Semasa ke Kampong Sawa untuk melihat projek menanam kelapa sawit ahli peladang Unit Sawa saya telah berjumpa dengan Pawang Awang. Saya telah mendengar pelbagai kesah mengenai pengelaman beliau dan diantara perkara yang menarik perhatian saya dalam cerita beliau adalah :

(a ) Kesah senjata tiada berulu dan bersarung : Saya telah jumpa parang berayat yang tiada berulu di Lot 901 pada tahun 2004 . Saya kemudiannya membuat ulu parang dan sarung kulit.

(b ) Kesah tembaga bersalut emas : Saya telah menjumpai sekeping logam menyerupai tembaga yang bersalut emas pada tahun 2008 di Kampong Lintah.

(c ) Kesah Beting Beras Basah akan timbul semasa di ziarahi orang tertentu walau pun pada masa itu air mati : Saya telah mengalami peristiwa dimana kami telah ke Beting Beras Basah dimasa air mati dimana semua beting ditenggelami air. Semasa kami berpendapat Beting tidak akan kelihatan di Kuala Sungai Perak kami pun bersedia untuk bertahlil dan membaca doa dalam bot sahaja. Tiba-tiba kelihatan Beting timbul berhampiran dan kami pun turun ke Beting untuk bertahlil dan berdoa. Sebaik sahaja upacara bertahlil dan berdoa selesai Beting mula tenggelam kembali dan hilang dari pandangan sebaik kami berada dalam bot semula.

(d ) Kesah seseorang dalam mimpi (Pawang Awang ) yang mendakwa sebagai guru mempunyai dua buah rumah satu baru dan satu lagi lama : Ini mengingatkan saya bahawa saya sekarang dalam proses membaiki rumah Moyang yang sudah lama terbiar.

Kesah-kesah yang tersebut diatas nampaknya memberi penjelasan melalui saluran ghaib atas beberapa peristiwa yang telah berlalu yang menjadi tanda tanya mengenainya buat begitu lama.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain

Monday, January 05, 2009

IKUT JALAN YANG LURUS

Alhamdulillah pada pagi yang berkat ini saya berazam untuk mengikuti sepenohnya suruhan Allah supaya mengikuti jalan yang lurus untuk mendapat kejayaan dunia akhirat. Allah akan menguji hambaNya dengan tiada kecuali .Pengelaman saya sebelum ini adalah rintangan besar yang saya hadapi untuk menjayakan sesuatu projek adalah tertutupnya jalan masuk ketapak projek. Apa yang saya akan lakukan selepas ini adalah menyiapkan jalan masuk dengan apa cara pun dahulu supaya senang untuk melaksanakan sesuatu projek. Alhamdulillah jalan masuk ke Kem Raja Billah di Ulu Lintah sudah diadakan RISDA. Sekarang jalan masuk ke projek nenas sedang di jalankan. Tindakan segera juga akan diambil untuk membuat jalan masuk ke Istana Raja Billah di Kampong Lintah , Insyaallah. Ini akan membolehkan saya menyiapkan kerja-kerja membaik pulih Istana tersebut dalam masa yang terdekat , Insyaallah.

Dengan adanya perancangan yang rapi untuk melaksanakan sesuatu projek maka kadar kegagalannya akan berkurangan, Insyaallah. Bermula dari sekarang saya akan jalan terus mengikuti jalan yang lurus dan mudah-mudahan akan sampai ke destinasi yang di tuju dalam masa yang singkat dengan tiada sebarang masalah.

Thursday, December 04, 2008


MENCAPAI KESELESAAN HIDUP

Pada malam Jumaat ini saya akan cuba mendapat kepuasan hidup melalui :-

( A ) Ikut seruan Allah mengembara untuk melihat kebesaran Allah dengan menghayati ciptaanNya.
( B ) Makan barang yang baik lagi halal dengan sederhana.
( C ) Bercampur dan berkenalan dengan semua orang dengan tidak mengira bangsa dan ugama untuk mengenali mereka dengan lebih dekat.
( D ) Gunakan tanah semuanya dengan cekap supaya mengeluarkan hasil. Menjadikan diri seorang petani modern.
( E ) Baiki rumah moyang untuk membolehkan ianya menjadi tempat berkumpul saudara mara dan sahabat handai. Jika boleh adakan khenduri aruah sebulan sekali.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain

Saturday, November 22, 2008

CERAMAH SUBUH YANG MENGHARUKAN

Pagi ini Hari Sabtu 22hb November 2008 aku terharu apabila penceramah antara lain menceritakan bersabit dengan pembinaan Kaabah di Mekah.Dikesahkan Nabi Adam telah membina Kaabah di dunia. Kaabah bagaimanapun telah ditenggelami air bah dizaman Nabi Noh.Allah telah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk membina semula Kaabah supaya diziarahi manusia dari seluruh pelusuk dunia.

Nabi Mohammed s.a.w turut membina semula Kaabah yang ada sekarang dan diziarahi manusia sepanjang masa semada dimusim haji atau pada lain-lain masa.

Aku terkenang usaha aku membaik pulih rumah moyang aku dengan harapan agar keturunan Raja Billah akan dapat berkumpul dari masa kemasa bagi memperkukuhkan persaudaraan sekeluarga. Semoga niat aku diredhai Allah.

Friday, November 07, 2008


TERCAPAINYA HASRAT MEMILIKI RUMAH MOYANG


Pada 26hb Oktober aku telah mendapat persetujuan kakak ipar aku untuk menjual rumah Moyang di Kampong Lintah kepada aku. Keluarga abang aku (Raja Kamarulzaman ) sudah berpindah kerumah baru mereka. Lagi pun rumah Moyang sudah lama tidak didiami dan sudah rosak agak teruk.


Tujuan aku adalah membaik pulih rumah tersebut dan menjadikannya pusat aktiviti keluarga Raja Billah. Hanya dengan demikian dapat menyatukan keluarga Raja Billah yang sudah berpecah dan jika tidak disatukan semula dikhuatiri akan lenyap begitu sahaja. Aku berazam untuk membersihkan sekitar kawasan tersebut supaya Kampong Lintah akan berseri semula.


Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain

Wednesday, October 15, 2008

REDISCOVERING THE REAL ME

Today , Thursday 16th of October 2008 is a new day for me. A day when I am now able to continue my life the way I always wanted to since as a chlid. A life full of adventure , an open mind and heart to always do good in the world. A life full of happiness , love and wealth.

Proud to be born as Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain.

Tuesday, October 14, 2008

Alhamdulillah hari ini saya dapat satu ilham bagaimana untuk menghayati nasehat supaya selalu berlapang dada. Ya , berlapang dada menjadikan seseorang tidak takut berjumpa dan berbicara dengan sesiapa pun.

Caranya adalah dengan menarik nafas panjang dan dalam sehingga kita rasa dada kita kembang. Pada masa yang sama kita katakan pada diri sendiri semuanya terbuka dan tiada apa pun yang tersorok. Ini akan membolehkan kita melakukan apa sahaja samada berdepan dengan sesiapa sahaja atau membuat panggilan talifon. Kita tidak lagi dibelenggu dengan perasaan was-was.

Saturday, October 04, 2008

KETENANGAN HIDUP

Hari ini 5hb October 2008 bersamaan 5 hb Syawal 1429, saya sudah berpuasa selama tiga hari dari puasa enam.Tiba kesedaran untuk terus mengingati kebesaran Allah dengan menanam dalam jiwa bahawa Allah berkuasa atas segala-galanya.Tiada yang menandingi kebesaran Allah. Tidak perlu pergi jauh untuk menyakini perkara ini. Lihat pada tanda-tandanya.Tiada siapa yang dapat mengwujudkan siang dan malam.Tiada siapa yang dapat menerangai bumi seperti chahaya mata hari.

Allah mentabir bumi dan langit serta apa yang ada didalamnya dengan kebijaksanaanNya.Allah memberi rezeki kepada semua. Dari itu hidup kita hendaklah tenang dan tidak gelabah. Nikmatilah pemberian Allah dengan sebaik-baiknya. Kita datang dengan tiada membawa bekal dan kita akan pergi begitu juga . Hanya amal kita akan bersama-sama kita kelak. Dengan itu hendaklah membuat sebanyak mungkin amalan baik.

Tiada yang lebih utama sebagai pembimbing kita dalam dunia selain dari Allah dan Rasullullah. Berperpegang teguh kepada Al- Qur'an dan Sunnah Rasullullah adalah sebaik-baik panduan hidup yang menjaga kita dari sesat.

Amin ,Amin Ya Rabbulalamin.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain

Friday, July 18, 2008

KEMBALINYA KEYAKINAN KEPADA DIRI SENDIRI

Pada pagi hari Sabtu 19hb Julai 2008 aku rasakan telah bebas dari terkongkong. Aku rasa bebas seperti zaman sebelum tahun 1980. Aku berpegang kepada kalimah "lillah hi taala".

Ya, semuanya dari Allah. Hidupku cantik kerana aku menganggap bumi ini adalah bumi Allah dan dengan itu aku tidak rasa terasing dimana sahaja aku berada.

Aku tidak takut kepada selain dari Allah. Tidak akan jadi sesuatu tanpa dengan izin Allah.

Dengan berbekalkan kepada yang tersebut diatas Insyaallah hidup aku akan menjadi lebih baik jika aku dapat beramal dengannya dalam semua keadaan.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain

Friday, July 04, 2008

MEMPERKUKUHKAN JATI DIRI DENGAN PANDUAN ALLAH

Pada jam 10.00 malam hari Khamis 3hb Julai 2008 membuat keputusan untuk menguatkan semangat supaya tidak was-was dan teragak-agak membuat keputusan. Saya mahu balik kezaman remaja dimana saya berpegang teguh semuanya adalah dengan izin Allah dan dengan itu tidak perlu risau dan gelisah. Dalam dunia kita hanya ada dua pilihan samada gembira atau berdukacita. Untuk maju saya membuat keputusan mengikuti garis panduan berikut :-

Peristiwa-peristiwa yang dilalui Nabi Musa adalah contoh baik untuk diikuti. Baginda berdoa kepada Allah untuk membetulkan simpulan lidah supaya dapat berkata-kata dengan jelas dan difahami orang yang mendengarnya ,melapangkan dada supaya tidak berada dalam keadaan gelisah, mempermudahkan keupayaan kerja supaya mudah melaksanakannya , dan membuka belenggu yang mengikat kita sehingga kita menjadi kaku. Sebagai pendinding ayat kursi baik diamalkan.

Pada keesokan harinya ,Jumaat 4hb Julai 2008 saya telah bersembahyang subuh diMasjid Al Hidayah Petaling Jaya. Sebaik sahaja selesai sembahyang subuh terdapat sedikit keriohan kerana salah satu lampu panjang telah terbakar dan apinya jatuh kelantai. Api telah dapat dipadamkan dengan mengguna pemadam api .

Selepas itu kami mengikut Imam membaca Al Qur'an dan kebetulan ianya menceritakan kesah Nabi Musa. Yang lebih menakjubkan ianya menceritakan kesah Nabi Musa melihat api di bukit Tursina serupa juga kami melihat api dalam masjid. Surah tersebut menggambarkan apa yang harus dilakukan jika kita bertembong dengan orang yang lebih kuat dari kita.

Alhamdulillah dengan adanya panduan bagaimana untuk menghadapi cabaran masa hadapan saya yakin kita akan berjaya , Insyaallah.

Raja Abdul Rahman Dain ,

Tuesday, July 01, 2008

On the 22nd of June 2008 I cruise down the Perak River starting from Sungai Dulang and ending at the sand bank at the mouth of the Perak River. We left at 0940 am and reach Beting Beras Basah at 1145 am. We were there for two hours bathing in the salty river and also looking for clamps. As usual we look for extraordinary happening during the trip. We were not disappointed with the following incidents taking place :-

During the down stream flow my brother was trying to get fish using his fishing line. He did not catch any. My brother in-law who was meditating however caught a fish that jumped into the boat from the river.

The time of our trip was perfect as the first sand bank began to rise the minute we were abreast with the shelter built along the river bank for the use of the Perak Royal Family during the Coronation of the DYMM Sultan.

Today I want to move forward to achieve the following objectives :-

(i ) To invigorate my positive vibrations and life force to attract opportunities for financial gain.
(ii ) To revitalise and conserve my energy potential to attract wealth , success and happiness.
(iii ) To experience the beauty and joy of that life has to offer.

At 64 years of age it is really time to make use my resources to have a peaceful and joyful life. I should avoid everything that is stressful. Life is a passage for the hereafter and it should not be stormy at the end of the trip. I am grateful to Allah for all the blessings I got in life. May Allah bless all of you who read this message. Amin.

Tuesday, April 29, 2008

I MUST TAKE TODAY , WEDNESDAY 30TH APRIL 2008 AS A DAY OF OPPORTUNITY FOR ME TO CHANGE FOR THE BETTER. SMILE AND HAPPINESS SHOULD BE MY TARGET FOR A BETTER WELL BEING.
THE SECRET OF MY STABILITY HENCEFORTH IS TO ACQUIRE THE OLD FAMILY HOUSE AND TO CONVERT IT TO A GOOD RESIDENCE COMPLETE WITH A SWIMMING POOL AS ENVISIONED WHEN I WAS A SMALL KID.

Sunday, March 16, 2008

AKU LUAHKAN LINTASAN HATI dan AKU LAKSANA LINTASAN HATIKU.

Thursday, February 28, 2008

Insyaallah mulai ketika ini aku berazam berpegang kepada menghayati panggilan Allah adalah keutamaan hidupku dan cara hidup Nabi Muhammad adalah ikutan aku.

Aku bersyukur kepada Allah kerana mendapat hidayah menjadikan Islam pegangan hidupku.

Thursday, February 07, 2008

PANDUAN HIDUPKU



Hati yang tenteram

Tiada dukacita

Tidak letih

Tidak kepanasan

Mengembara ke seluruh pelusuk alam

Berkenalan dengan semua orang tidak kira bangsa dan ugama

Makan makanan yang baik dan halal

Bersyukur dengan nikmat pemberian Allah.

Kepada Allah aku berserah dan kepada Allah aku kembali.

Insyaallah dengan beramal dengan yang tersebut diatas kualiti hidupku akan bertambah baik.

Saturday, January 05, 2008

Ahamdulillah pada petang hari Sabtu 5hb Januari 2008 saya rasa tenang seolah-olah sudah berakhirnya zaman yang sangat mencabar. Saya sekarang dapat menjalankan sesuatu tanpa merasa ada gangguan yang menyekat saya dari maju.

Saya berdoa semoga perkara ini berkekalan. Amin

Saturday, December 08, 2007



Hari Jumaat 7hb Disember 2007 merupakan satu dugaan yang besar bagi diriku.Sewaktu sembahyang suboh di Masjid Al- Hidayah aku dapati sukar untuk berdiri kerana kebas dan lemah di kedua-dua belah kaki. Aku berdoa bersungguh- sungguh semoga aku dapat menyempurnakan sembahyang aku bersama-sama dengan jemaah lain.

Pada masa itu terlintas dihati mengenai "Taubat ". Aku sungguh terharu kerana telah dapat menyempurnakan sembahyang. Sebagai menanda kesyukoran , aku berikrar untuh menjadi seorang yang patuh dengan perintah Allah. Aku mengambil keputusan untuk mandi limau bagi membersihkan tubuh aku dari perkara-perkara yang mencemarkan. Yang penting sekarang adalah mendampingkan diri dengan Allah. Alhamdulillah pada pagi ini ( 9 hb Disember 2007 ) aku menjumpai ayat 7 Surah Al Mujaadalah yang bermaksud :-

"7. Tidakkah engkau memikirkan , bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi ? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dialah yang keempatnya , dan tiada ( berlaku antara ) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya , dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai , melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. "

Alhamdulillah Allah telah mengilhamkan pada aku sakitnya seseorang itu tidak bererti Allah tidak lagi sayang padanya. Aku diingatkan bahawa Rusulullah juga pernah mengalami kesakitan dan disuatu ketika perlu dipapah ke masjid untuk bersembahyang.

Tuesday, November 20, 2007

KESEMPURNAAN IMAN

Kesempurnaan iman bukanlah setakat beribadat kepada Allah semata-mata. Ianya memerlukan seseorang itu mengamalkan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya .Jika kita beriman dengan sempurnanya kita akan menjadi sebaik-baik manusia. Tiada apa yang kita perlu takutkan kerana orang yang beriman itu adalah kekasih Allah dan Allah akan memberi perlindungan dan pertolongan.

Harta dan anak pinak itu adalah ujian Allah. Allah akan menguji hambaNya melalui dua cara iaitu melalui kesenangan dan melalui kesusahan. Sebagai hamba Allah kita perlu redha dengan penentuan Allah.

Malam tadi aku bermimpi bersembahyang dan di sebelah kiri aku turut berdiri sembahyang adalah aruah kekanda Raja Yahya bin Raja Ahmad. Menyedari hal ini aku berganjak kehadapan supaya aku berada dihadapan beliau supaya kedudukan aku adalah sebagai Imam dan mengelak dari berimamkan orang yang sudah meninggal.

Peristiwa yang tersebut diatas mengingatkan aku kali akhir aku berjumpa dengan aruah adalah di bawah pokok durian di hadapan surau KRB dua Hari Raya Aidilfitri lepas (2005 ). Beliau berpendapat pendekatan yang aku ambil untuk memaju dan membangun keluaraga Raja Billah adalah lemah. Aku perlu lebih agresif mengikut beliau .Beliau memaklumkan mempunyai kekuatan dan dihormati orang dikeliling beliau. Beliau menunjukkan kekuatan beliau dengan mencubit peha kiriku sekuat-kuatnya.Pada masa itu wajah muka beliau berubah menjadi bengis seolah-olah sesuatu yang menguasi beliau.

Dari yang tersebut diatas aku terfikir adakah masalah kaki aku yang kadang-kadang kebas ada kaitan dengan cubitan tersebut. Jika betul maka aku perlu mencari orang yang pandai mengurut memulihkan pengaliran darah di bahagian kaki dan punggung aku.

Peristiwa yang tersebut diatas memberi isyarat kepada aku perlunya mengwujudkan semula ibadah bersedekah dan bertahlil seperti yang diamalkan orang-orang tua kita dahulu sebagai menunjuk kesyukuran kita.

Akhir sekalai marilah kita menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada kerabat kita dan kepada semua muslimin dan muslimat yang telah pergi lebih awal dari kita. Amin .