MEMPERKUKUHKAN JATI DIRI DENGAN PANDUAN ALLAH
Pada jam 10.00 malam hari Khamis 3hb Julai 2008 membuat keputusan untuk menguatkan semangat supaya tidak was-was dan teragak-agak membuat keputusan. Saya mahu balik kezaman remaja dimana saya berpegang teguh semuanya adalah dengan izin Allah dan dengan itu tidak perlu risau dan gelisah. Dalam dunia kita hanya ada dua pilihan samada gembira atau berdukacita. Untuk maju saya membuat keputusan mengikuti garis panduan berikut :-
Peristiwa-peristiwa yang dilalui Nabi Musa adalah contoh baik untuk diikuti. Baginda berdoa kepada Allah untuk membetulkan simpulan lidah supaya dapat berkata-kata dengan jelas dan difahami orang yang mendengarnya ,melapangkan dada supaya tidak berada dalam keadaan gelisah, mempermudahkan keupayaan kerja supaya mudah melaksanakannya , dan membuka belenggu yang mengikat kita sehingga kita menjadi kaku. Sebagai pendinding ayat kursi baik diamalkan.
Pada keesokan harinya ,Jumaat 4hb Julai 2008 saya telah bersembahyang subuh diMasjid Al Hidayah Petaling Jaya. Sebaik sahaja selesai sembahyang subuh terdapat sedikit keriohan kerana salah satu lampu panjang telah terbakar dan apinya jatuh kelantai. Api telah dapat dipadamkan dengan mengguna pemadam api .
Selepas itu kami mengikut Imam membaca Al Qur'an dan kebetulan ianya menceritakan kesah Nabi Musa. Yang lebih menakjubkan ianya menceritakan kesah Nabi Musa melihat api di bukit Tursina serupa juga kami melihat api dalam masjid. Surah tersebut menggambarkan apa yang harus dilakukan jika kita bertembong dengan orang yang lebih kuat dari kita.
Alhamdulillah dengan adanya panduan bagaimana untuk menghadapi cabaran masa hadapan saya yakin kita akan berjaya , Insyaallah.
Raja Abdul Rahman Dain ,
Showing posts with label Memperkukuhkan jati diri dengan Panduan Allah. Show all posts
Showing posts with label Memperkukuhkan jati diri dengan Panduan Allah. Show all posts
Friday, July 04, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
