Friday, July 18, 2008

KEMBALINYA KEYAKINAN KEPADA DIRI SENDIRI

Pada pagi hari Sabtu 19hb Julai 2008 aku rasakan telah bebas dari terkongkong. Aku rasa bebas seperti zaman sebelum tahun 1980. Aku berpegang kepada kalimah "lillah hi taala".

Ya, semuanya dari Allah. Hidupku cantik kerana aku menganggap bumi ini adalah bumi Allah dan dengan itu aku tidak rasa terasing dimana sahaja aku berada.

Aku tidak takut kepada selain dari Allah. Tidak akan jadi sesuatu tanpa dengan izin Allah.

Dengan berbekalkan kepada yang tersebut diatas Insyaallah hidup aku akan menjadi lebih baik jika aku dapat beramal dengannya dalam semua keadaan.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain

Friday, July 04, 2008

MEMPERKUKUHKAN JATI DIRI DENGAN PANDUAN ALLAH

Pada jam 10.00 malam hari Khamis 3hb Julai 2008 membuat keputusan untuk menguatkan semangat supaya tidak was-was dan teragak-agak membuat keputusan. Saya mahu balik kezaman remaja dimana saya berpegang teguh semuanya adalah dengan izin Allah dan dengan itu tidak perlu risau dan gelisah. Dalam dunia kita hanya ada dua pilihan samada gembira atau berdukacita. Untuk maju saya membuat keputusan mengikuti garis panduan berikut :-

Peristiwa-peristiwa yang dilalui Nabi Musa adalah contoh baik untuk diikuti. Baginda berdoa kepada Allah untuk membetulkan simpulan lidah supaya dapat berkata-kata dengan jelas dan difahami orang yang mendengarnya ,melapangkan dada supaya tidak berada dalam keadaan gelisah, mempermudahkan keupayaan kerja supaya mudah melaksanakannya , dan membuka belenggu yang mengikat kita sehingga kita menjadi kaku. Sebagai pendinding ayat kursi baik diamalkan.

Pada keesokan harinya ,Jumaat 4hb Julai 2008 saya telah bersembahyang subuh diMasjid Al Hidayah Petaling Jaya. Sebaik sahaja selesai sembahyang subuh terdapat sedikit keriohan kerana salah satu lampu panjang telah terbakar dan apinya jatuh kelantai. Api telah dapat dipadamkan dengan mengguna pemadam api .

Selepas itu kami mengikut Imam membaca Al Qur'an dan kebetulan ianya menceritakan kesah Nabi Musa. Yang lebih menakjubkan ianya menceritakan kesah Nabi Musa melihat api di bukit Tursina serupa juga kami melihat api dalam masjid. Surah tersebut menggambarkan apa yang harus dilakukan jika kita bertembong dengan orang yang lebih kuat dari kita.

Alhamdulillah dengan adanya panduan bagaimana untuk menghadapi cabaran masa hadapan saya yakin kita akan berjaya , Insyaallah.

Raja Abdul Rahman Dain ,

Tuesday, July 01, 2008

On the 22nd of June 2008 I cruise down the Perak River starting from Sungai Dulang and ending at the sand bank at the mouth of the Perak River. We left at 0940 am and reach Beting Beras Basah at 1145 am. We were there for two hours bathing in the salty river and also looking for clamps. As usual we look for extraordinary happening during the trip. We were not disappointed with the following incidents taking place :-

During the down stream flow my brother was trying to get fish using his fishing line. He did not catch any. My brother in-law who was meditating however caught a fish that jumped into the boat from the river.

The time of our trip was perfect as the first sand bank began to rise the minute we were abreast with the shelter built along the river bank for the use of the Perak Royal Family during the Coronation of the DYMM Sultan.

Today I want to move forward to achieve the following objectives :-

(i ) To invigorate my positive vibrations and life force to attract opportunities for financial gain.
(ii ) To revitalise and conserve my energy potential to attract wealth , success and happiness.
(iii ) To experience the beauty and joy of that life has to offer.

At 64 years of age it is really time to make use my resources to have a peaceful and joyful life. I should avoid everything that is stressful. Life is a passage for the hereafter and it should not be stormy at the end of the trip. I am grateful to Allah for all the blessings I got in life. May Allah bless all of you who read this message. Amin.

Tuesday, April 29, 2008

I MUST TAKE TODAY , WEDNESDAY 30TH APRIL 2008 AS A DAY OF OPPORTUNITY FOR ME TO CHANGE FOR THE BETTER. SMILE AND HAPPINESS SHOULD BE MY TARGET FOR A BETTER WELL BEING.
THE SECRET OF MY STABILITY HENCEFORTH IS TO ACQUIRE THE OLD FAMILY HOUSE AND TO CONVERT IT TO A GOOD RESIDENCE COMPLETE WITH A SWIMMING POOL AS ENVISIONED WHEN I WAS A SMALL KID.

Sunday, March 16, 2008

AKU LUAHKAN LINTASAN HATI dan AKU LAKSANA LINTASAN HATIKU.

Thursday, February 28, 2008

Insyaallah mulai ketika ini aku berazam berpegang kepada menghayati panggilan Allah adalah keutamaan hidupku dan cara hidup Nabi Muhammad adalah ikutan aku.

Aku bersyukur kepada Allah kerana mendapat hidayah menjadikan Islam pegangan hidupku.

Thursday, February 07, 2008

PANDUAN HIDUPKU



Hati yang tenteram

Tiada dukacita

Tidak letih

Tidak kepanasan

Mengembara ke seluruh pelusuk alam

Berkenalan dengan semua orang tidak kira bangsa dan ugama

Makan makanan yang baik dan halal

Bersyukur dengan nikmat pemberian Allah.

Kepada Allah aku berserah dan kepada Allah aku kembali.

Insyaallah dengan beramal dengan yang tersebut diatas kualiti hidupku akan bertambah baik.

Saturday, January 05, 2008

Ahamdulillah pada petang hari Sabtu 5hb Januari 2008 saya rasa tenang seolah-olah sudah berakhirnya zaman yang sangat mencabar. Saya sekarang dapat menjalankan sesuatu tanpa merasa ada gangguan yang menyekat saya dari maju.

Saya berdoa semoga perkara ini berkekalan. Amin

Saturday, December 08, 2007



Hari Jumaat 7hb Disember 2007 merupakan satu dugaan yang besar bagi diriku.Sewaktu sembahyang suboh di Masjid Al- Hidayah aku dapati sukar untuk berdiri kerana kebas dan lemah di kedua-dua belah kaki. Aku berdoa bersungguh- sungguh semoga aku dapat menyempurnakan sembahyang aku bersama-sama dengan jemaah lain.

Pada masa itu terlintas dihati mengenai "Taubat ". Aku sungguh terharu kerana telah dapat menyempurnakan sembahyang. Sebagai menanda kesyukoran , aku berikrar untuh menjadi seorang yang patuh dengan perintah Allah. Aku mengambil keputusan untuk mandi limau bagi membersihkan tubuh aku dari perkara-perkara yang mencemarkan. Yang penting sekarang adalah mendampingkan diri dengan Allah. Alhamdulillah pada pagi ini ( 9 hb Disember 2007 ) aku menjumpai ayat 7 Surah Al Mujaadalah yang bermaksud :-

"7. Tidakkah engkau memikirkan , bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi ? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dialah yang keempatnya , dan tiada ( berlaku antara ) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya , dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai , melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. "

Alhamdulillah Allah telah mengilhamkan pada aku sakitnya seseorang itu tidak bererti Allah tidak lagi sayang padanya. Aku diingatkan bahawa Rusulullah juga pernah mengalami kesakitan dan disuatu ketika perlu dipapah ke masjid untuk bersembahyang.

Tuesday, November 20, 2007

KESEMPURNAAN IMAN

Kesempurnaan iman bukanlah setakat beribadat kepada Allah semata-mata. Ianya memerlukan seseorang itu mengamalkan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya .Jika kita beriman dengan sempurnanya kita akan menjadi sebaik-baik manusia. Tiada apa yang kita perlu takutkan kerana orang yang beriman itu adalah kekasih Allah dan Allah akan memberi perlindungan dan pertolongan.

Harta dan anak pinak itu adalah ujian Allah. Allah akan menguji hambaNya melalui dua cara iaitu melalui kesenangan dan melalui kesusahan. Sebagai hamba Allah kita perlu redha dengan penentuan Allah.

Malam tadi aku bermimpi bersembahyang dan di sebelah kiri aku turut berdiri sembahyang adalah aruah kekanda Raja Yahya bin Raja Ahmad. Menyedari hal ini aku berganjak kehadapan supaya aku berada dihadapan beliau supaya kedudukan aku adalah sebagai Imam dan mengelak dari berimamkan orang yang sudah meninggal.

Peristiwa yang tersebut diatas mengingatkan aku kali akhir aku berjumpa dengan aruah adalah di bawah pokok durian di hadapan surau KRB dua Hari Raya Aidilfitri lepas (2005 ). Beliau berpendapat pendekatan yang aku ambil untuk memaju dan membangun keluaraga Raja Billah adalah lemah. Aku perlu lebih agresif mengikut beliau .Beliau memaklumkan mempunyai kekuatan dan dihormati orang dikeliling beliau. Beliau menunjukkan kekuatan beliau dengan mencubit peha kiriku sekuat-kuatnya.Pada masa itu wajah muka beliau berubah menjadi bengis seolah-olah sesuatu yang menguasi beliau.

Dari yang tersebut diatas aku terfikir adakah masalah kaki aku yang kadang-kadang kebas ada kaitan dengan cubitan tersebut. Jika betul maka aku perlu mencari orang yang pandai mengurut memulihkan pengaliran darah di bahagian kaki dan punggung aku.

Peristiwa yang tersebut diatas memberi isyarat kepada aku perlunya mengwujudkan semula ibadah bersedekah dan bertahlil seperti yang diamalkan orang-orang tua kita dahulu sebagai menunjuk kesyukuran kita.

Akhir sekalai marilah kita menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada kerabat kita dan kepada semua muslimin dan muslimat yang telah pergi lebih awal dari kita. Amin .

Friday, November 16, 2007



SELF ACTUALISATION

Driving north along the north south highway on 15th of Nov 2007 I saw a beautiful rainbow.The beautiful sight reminded me of the numerous scenaries I had seen in the past be it the sky, the mountains , the lake, the sea ,the trees and while in the dreamland.Life is wonderfull if only you take time appreciate it.In 1987 I thought I had enough of the good things life has to offer and decided to go slow. Today after 20 years I realised I should not be contented with what I am having. I should continue in my search for happiness. I am grateful to Allah for giving me good health so that I could go on enjoying the beauty of Allah's creation.

Real happiness is when you are happy with what you are.Don't hurry.Move according to the beat of your own drum.

Monday, November 12, 2007



YOURSELF AS A WONDERFUL MACHINE

We more often than not take things for granted.Our whole system is computerised. Sometime we have to act delibrately to get things done. Sometime it is involuntarily done such as our heart beat, breathing etc.

A few months ago I found I had some dificulty with my legs. I walked slower and and easily get tired on the feet which discourages from walking far. Yesterday it dawned on me walking should be an involuntary action. We just have to decide where we want to go and let the legs do the walking. It worked. Just imagine for quite sometime I was not relaxed when walking. I was thinking about every step I was taking.

Tuesday, November 06, 2007



NIKMAT PENDENGARAN DAN BERKATA-KATA

Kita hendaklah bersyukur kerana telah diberi nikmat pendengaran dan berkata-kata. Dengan itu kita hendaklah menghayati ayat-ayat 76 ,77 , 78, 79 ,80 dan 81 Surah AN-NAHL juz ke 14.

76. Dan Allah memberikan satu misal perbandingan lagi : Dua orang lelaki , salah seorangnya kelu pekak dari semulajadinya , tidak dapat menyatakan apa yang difikirkannya dan tidak dapat mendengar apa yang dikatakan kepadanya ; dan ia pula menjadi beban kepada orang yang menjaganya ; kemana sahaja ia diarahkan pergi oleh penjaganya , tak dapatlah dia membawa sesuatu yang berfaedah ; adakah dia (yang demikian sifatnya ) sama seperti orang (yang boleh berkata-kata serta dapat ) menyuruh orang ramai melakukan keadilan , dan ia sendiri pula berada diatas jalan yang lurus ( jalan yang benar ) ?

77. Dan (ingatlah ), Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi ; dan tiadalah hal kedatangan hari kiamat itu melainkan seperti seklip mata , atau lebih cepat lagi ; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

78. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun ; dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran ) ; supaya bersyukur.

79. Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa ? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh ) melainkan Allah ; sesungguhnya pada yang demikian itu , ada tanda-tanda ( yang membuktikan yang kekuasan Allah) bagi kaum yang beriman.

80. Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu ) tempat tinggal ; dan Ia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang -binatang ternak ; kehmah-khemah (tempat berteduh ) , yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana ) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti ; dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu , berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga kesuatu masa.

81. Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya : benda-benda untuk berteduh , dan Ia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat -tempat berlindung ; dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Dengan demikianlah , Ia menyempurnakan ni'matNya dan mematuhi perintahNya.

Saturday, November 03, 2007

KEMENANGAN YANG BESAR

Untuk mendapat kemenangan yang hakiki kita hendaklah beramal dengan ayat-ayat 112 ,115, 116 , 118 dan 121 Surah At- Taubah Juz ke sebelas berikut :-

112. (Mereka itu ialah ) : orang-orang yang bertaubat , yang beribadat , yang memuji Allah , yang mengembara ( untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam ) , yang ruku' , yang sujud , yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan , serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman ( yang bersifat demikian ).

115. Dan Allah tidak sekali-kali menjadikan sesuatu kaum itu sesat sesudah Ia memberi hidayah pertunjuk kepada mereka , sebelum Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka wajib memelihara dan melindungi diri daripadanya ; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

116. Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala alam langit dan bumi ; Ia menghidupkan dan mematikan ; dan tidaklah ada bagi kamu selain dari Allah sesiapa pun yang menjadi pelindung , dan juga yang menjadi penolong.

118. Dan (Allah menerima pula taubat ) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka ) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa ) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan ) , dan hati mereka pula menjadi sempit ( kerana menanggung dukacita ) , serta mereka yaqin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari ( kemurkaan ) Allah melainkan ( kembali bertaubat ) kepadaNya ; kemudian Allah (memberi taufiq serta ) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dialah Penerima taubat , lagi Maha Mengasihani.

121. Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil , atau yang besar ; dan tidak mereka melintas sesuatu lembah , melainkan ditulis pahala bagi mereka , supaya Allah membalas dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.


Saturday, October 27, 2007



MEMBERSIHKAN DIRI UNTUK KESELESAAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP DUNIA AKHIRAT

Bermula dengan puasa Ramadhan Tahun Hijrah 1428 bersamaan Tahun 2007 aku berazam untuk membersihkan diri zahir dan batin melalui amalan pemakanan yang baik dan dimana bolih bersembahyang mengikut waktu kerana sembahyang itu mencegah kemungkaran.

Bersyukur aku kepada Allah kerana aku telah dikurniakan banyak ilmu pengetahuan dan pengelaman hidup. Yang penting sekarang adalah menggunakannya dengan sebaik mungkin untuk memajukan diri bagi kesejahteraan hidup yang diredhai Allah.Aku bertuah kerana dikurniakan sebuah rumah di Petaling Jaya sebagai tempat menginap bila berada di Pusat Komersil di Bandaraya Kuala Lumpur dan sebuah resort dinamakan Taman Rekreasi Kesihatan Kem Raja Billah di Slim Village. Adalah harapan aku Surau yang dinamakan Ramadhan yang aku bina di Taman tersebut akan menjadi Pusat Pengajian Islam berasaskan Al-Qur'an pada masa hadapan ,Insyaallah.

Hidup adalah diibaratkan sebagai suatu perjalanan. Aku berdoa semoga hidup dan mati aku kekal dalam Islam. Yang pasti hidup di dunia ini akan melalui dugaan dan doaku semoga Allah menguatkan iman aku supaya bersabar dan tidak putus asa.Ayat-ayat 52 hingga 58 Surah Az-Zumar juz ke 24 berikut adalah sebaik-baik peringatan supaya tidak berputus asa :-

52. (Mengapa mereka menda'wa demikian ) , tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya ,dan Ia juga yang menyempitkannya ? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan ( ilmu dan kebijaksanaan Allah ).

53. Katakanlah (wahai Muhammad ) : "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri ( dengan perbuatan-perbuatan ma'siat ), jangalah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa ; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun , lagi Maha Mengasihani.

54. "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat , serta berserah bulat-bulat kepadaNya , sebelum kamu didatangi azab ; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

55. "Dan turutlah - Al- Qur'an - sebaik-baik ( panduan hidup ) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu , sebelum kamu didatangi azab secara mengejut , sedang kamu tidak menyedarinya.

56. " (Diperintahkan demikian ) supaya jangan seseorang ( menyesal dengan ) berkata : ' sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipanku terhadap Allah , serta aku menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan ( ugama Allah dan penganut-penganutnya) ! -

57. " Atau berkata : 'Kalaulah Allah memberi hidayah pertunjuk kepadaku , tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ' "

58. "Atau berkata semasa ia melihat azab : 'Kalau aku dapat kembali ke dunia , nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan ! ' "

Tuesday, October 23, 2007



Tindakan Kerajaan memberi penekanan kepada bidang pertanian adalah suatu langkah yang setiap rakyat Malaysia perlu bantu menjayakannya. Kita sekarang menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu dan dengan ancaman pemanasan bumi (global warming ) adalah tanda-tanda awal dunia akan menghadapi musim kemarau yang teruk dimana bekalan makanan akan berkurangan. Sebagai sebuah negara Islam kita hendaklah menggalakkan negara-negara lain untuk turut serta dalam usaha menambah bekalan makan untuk tempoh tujuh tahun akan datang. Ini adalah untuk membantu menghadapi tujuh tahun selepas itu dimana mungkin akan berlaku kemarau selama tujuh tahun berikutnya. Penyelidekan bagimana untuk melipat gandakan pengeluaran hasil pertanian dan juga cara-cara untuk menyimpannya supaya tidak rosak dalam jangka panjang hendaklah di jalankan dengan segera.Kita perlu menghayati ayat-ayat 47, 48 dan 49 surah Yusof untuk menangani masalah ini :-

47. Yusof menjawab : Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut , kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya ; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

48. "Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya , yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya ; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan ( untuk menjadikan benih ).

49. "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah ( hasil anggur , zaitun dan sebagainya.)

Kita hendaklah bersyukur kepada Allah kerana telah menurunkan Al- Qur'an sebagai panduan kepada umat manusia cara untuk mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Friday, October 19, 2007

MEMULAKAN HIDUP CARA BARU MULAI 7HB SYAWAL 1428 BERSAMAAN 20HB OKTOBER 2007
Alhamdulillah aku sudah berjaya berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal 1428. Ianya memberi aku semangat untuk hidup secara berlapang dada tanpa keloh kesah. Aku akan menikmati hasil usaha dari sumbanganku kepada keluarga dan masyarakat sebelum ini :-
1944- 1962 : Zaman kanak-kanak dan persekolahan yang penoh dengan aktiviti-aktiviti menggembirakan. Pengelaman sebagai seorang "scout " membina watak aku sebagai seorang insan yang mudah bergaul dengan semua orang tidak kira bangsa, keturunan, warna kulit dan ugama.
1963 - 1994 : Zaman pekerjaan yang penoh dengan aktiviti-aktiviti yang membanggakan dan memberi kepuasan hati. Banyak tempat yang telah dilawat ; banyak projek pembangunan lapangan terbang yang telah disiapkan di seluruh negara dan ramai orang telah di kenali.
1994 - 2007 : Zaman hidup bebas dengan tiada perancangan yang spesifik. Berbagai pengelaman telah telah dilalui. Pahit maung dan manis hidup telah dirasai. Banyak masa telah dihabiskan memikir nasib bangsa dan negara. Banyak surat telah dikarang dan dihantar kepada kepimpinan negara mencadangkan bagaimana untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul dari masa kesemasa. Aku puas hati melihat negara telah dapat mengatasi masalah kehancuran ekonomi pada tahun 1997 hingga 2003. Aku juga berusaha untuk menyatukan bangsa dari berpecah belah akibat perselisehan politik.Terdapat kemajuan dalam usaha tersebut.
Tempoh ini merupakan sumbangan terbesar aku kepada negara. Banyak cadangan yang dikemukakan telah diterima dengan baik dan dilaksanakan. Ini membantu menstabilkan negara. Malaysia juga telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam contoh.
2008 dan seterusnya : Mulai dari sekarang aku akan mengguna sepenohnya kurniaan Allah , iaitu kuasa memerintah di bumi dan menujukkan aku jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukan. Aku misti percaya pada diri sendiri dan redha dengan kehendak Allah.
Untuk menjadi seorang yang disenangi oleh semua aku berdoa kepada Allah supaya dapat pertunjukNya untuk memahami dan menghayati ayat-ayat 43 dan46 surah Al- Ahzab berikut :-
43. Dialah yang memberi rahmat kepada kamu dan malaikatNya pula (berdo'a bagi kamu ) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap gelita (kufur dan maksiat ) kepada cahaya yang terang benderang ( iman dan taat ) ; dan adalah ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (didunia dan di akhirat )
46. Dan juga sebagai penyeru ( umat manusia seluruhnya ) kepada ugama Allah dengan taufiq yang diberiNya ; sebagai lampu yang menerangi.

Thursday, October 18, 2007


SEMBAHYANG MEMBAWA KEJAYAAN

Pada pagi 7 hb Syawal 1428 bersamaan dengan 19hb Oktober 2007 bersyukur aku kepada Allah kerana telah diberiNya hidayah mengenai nikmat menunaikan sembahyang dengan sempurna.

Jika kita beramal dengan surah Al -Fatihah kita menjadi seorang yang berkeyakinan dalam semua bidang hidup. Kita berada di jalan yang lurus dengan penoh yakin bahawa kita tidak kurang dari manusia lain. Hanya Allah yang Maha Kuasa. Perbedzaannya siapa yang lebih Taqwa kepada Allah diantara kita.

Apabila kita tua lazimnya kita akan mula bongkok.Begitu juga kita mula merasai badan kita tidak lagi seimbang. Kita boleh memperlahankan proses ini apabila kita bersembahyang dengan sempurna. Jika kita berdiri tegak diatas tumit kaki dan meluruskan badan kita tidak akan menjadi bongkok.Begitu juga apabila kita melaksanakan rukun-rukun sembahyang yang lain seperti rokok, sujud, duduk antara sujud dan memberi salam membantu kita mengekalkan keseimbangan badan kita. Ini hendaklah dilakukan dengan cergas . Bila bercakap dan berbicara kita hendaklah lakukannya dengan jelas.

Ini semua akan memberi keyakinan bukan sahaja pada diri sendiri tetapi kepada orang lain juga , Insyaallah.

Wednesday, October 17, 2007

Pada pagi ini 6hb Syawal 1428 bersamaan dengan 18hb Oktober 2007 aku telah menjumpai sekeping kertas Memo yang telah ditulis beberap tahun dahulu mencadangkan bagaimana aku perlu menjalani hidup. Aku bercadang melaksanakannya mulai dari sekarang. Berikut adalah apa yang tertulis di Memo tersebut :-

"Aku seorang Raja Mukmin. Dari itu aku hendaklah bertindak secara terbaik dan membersihkan diri dari larangan Allah. Aku misti meningkatkan taraf hidup dan tidak terburu-buru. Aku misti melepaskan semua perkara yang tidak memberi faedah. Aku hendaklah menghindarkan diri dari menjalankan perkara yang remeh temeh dan menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang besar. Cara hidupku hendaklah berubah kepada yang positif. Aku hendak mula menggunakan sepenuhnya hartaku yang begitu banyak . Aku hendak senantiasa mengamalkan konsep menambah nilai (value added ) kepada apa yang aku ada.

Aku tidak perlu lagi merendah diri kepada manusia. Semuanya dari Allah dan seseorang Islam itu adalah Khalifaf Allah di bumi ini. Jasteru itu aku hendaklah berusaha meletakkan diriku sebagai pemimpin bermula dari rumah tanggaku, keluargaku, kaumku , masyarakatku dan seterusnya Negaraku. Mula dari sekarang aku berikrar akan berpandukan kepada Al- Qur'an dan Sunnah sebagai pertunjuk hidupku. Amin "

Kebetulan pada pagi ini aku bertemu dengan ayat-ayat 108 dan 109 Surah Yunus yang membenarkan niatku untuk menjadikan Al-Qur'an sebagai panduan hidup Ku :-

108. Katakanlah ( wahai Muhammad ) : "Wahai sekalian manusia ! Telah datang kepada kamu bebenaran ( Al- Qur'an ) dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah pertunjuk (beriman kepadanya ) , maka faedah hidayah pertunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri ; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) , maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri; dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran ) kamu"

109. Dan turutlah apa yang diwahikan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam ) sehingga Allah menghukum (diantaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan ) , kerana Dialah sebaik-baik Hakim.

Sebagai pelengkap aku akan mula menerangkan dengan sejelas-jelasnya apa yang aku usahakan dan matlamatnya kepada orang yang rapat denganku. Ini akan menghindar sebarang kekeliruan yang menimbulkan rasa tidak senang sesama sendiri yang membantut kemajuan sesebuah projek.


Pada hari ini aku mendapat semangat baru untuk meneruskan hidup dengan jayanya.Aku dapati Surah ke 93 ADH-DHUHA memberi bimbingan bahawa Allah tidak meninggalkan kita. Yang perlu kita hendaklah menzahirkan ni'mat pemberian Allah sebagai bersyukur kepadaNya.Kita hendaklah berusaha menjadikan hari ini lebih elok dari hari sebelumnya.Al-Qur'an adalah pertunjuk Allah dan jika beramal dengannya Allah akan memberi kejayaan dan kebahagian di dunia dan di akhirat.

Kita hendaklah sentiasa berbuat baik kepada anak yatim dan membantu orang yang meminta bantuan dari kita. Kita tidak boleh berlaku sombong.

Masa yang paling baik untuk bermunajat dengan Allah adalah di waktu sunyi sepi malam dan semasa suboh.