Monday, January 16, 2012

MENZIARAHI MAKAM RAJA BILLAH DI KAMPONG MELAYU SEMPALIK , PAHANG


Rancangan asal aku adalah balik ke Slim Village pada hujung minggu untuk mengkaji kedudukan projek menanam kelapa sawit dan pembinaan pusat pengumpulan produk pertanian dan ternakan di Pekan Slim. Pada petang hari Jumaat 13hb Januari 2012 Nor Hayati mencadangkan kami menziarahi makam Raja Billah di Sempalik pada hujung minggu yang sama.Kami bersetuju pergi ke Sempalik pada hari Ahad 15hb Januari 2012. Aku mengubah suai rancangan balik ke Slim pada pagi Sabtu 14hb daripada bermalam di Slim kepada balik hari.

Pada pagi hari Ahad 15hb Januari 2012 aku telah membaca surah Yasin dan Tahlil Arwah di rumah sebelum bertolak ke Raub. Kali ini pulut kuning telah dimasak Nor Hayati untuk dibawa ke Sempalik. Kami bertolak jam 08.00 pagi dan Sampai di Sempalik jam 10.00 pagi. Disana saya dapati jalan masuk ke Makam telah disiapkan .Makam yang dahulunya dikawasan sawah padi sekarang terletak lebih kurang 50 meter dari jalan utama Kampong Melayu Sempalik. Aku telah membersihkan makam dan membaca surah Yasin dan doa'. Semuanya selesai jam 11.00 pagi dan kami balik ke Kuala Lumpur.

Pada esok paginya Nor Hayati memberitahu telah bermimpi didatangi sekumpulan orang lelaki dan perempuan berpakaian putih mengucapkan terima kasih kerana tidak lupa mendoakan mereka. Mereka memberitahu akan menziarahi Slim selepas itu.