HIDAYAH YANG DIPEROLEHI PADA PAGI 1 SYAWAL TAHUN HIJRAH 1431
Kita selalu berusaha mendapat kepuasan hidup. Ianya seolah-olah sukar diperolehi. Lagi kita berusaha lagi jauh kita dari sasaran yang dituju.
Pagi ini saya teringat firman Allah bahawa isteri , anak dan harta adalah amanah Allah sebagai satu ujian kepada kita. Saya mempunyai harta dalam bentuk tanah tetapi ianya tidak memberi faedah kepada saya dan sebaliknya saya telah membelanja wang yang agak besar bagi menyelenggaranya. Mengapa ? Saya melihat dari segi mempunyai tanah sahaja dan tidak bagaimana untuk mendapatkan pulangan darinya.
Tindakan terbaik sekarang adalah mengusahakan tanah-tanah tersebut untuk mengeluarkan hasil. Jika saya tiada keupayaan untuk memajukannya sendiri saya perlu memajak tanah tersebut atau mengushakannya secara usaha sama.
Saya bersyukur kepada Allah kerana dikurniakanNya apa yang saya idamkan semenjak kecil. Dengan penemuan baru ini saya akan dapat menikmati sepenohnya anugerah Allah yang pasti akan memberi kepuasan kepada diri saya dan keluarga.