MEMBERSIHKAN DIRI UNTUK KESELESAAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP DUNIA AKHIRAT
Bermula dengan puasa Ramadhan Tahun Hijrah 1428 bersamaan Tahun 2007 aku berazam untuk membersihkan diri zahir dan batin melalui amalan pemakanan yang baik dan dimana bolih bersembahyang mengikut waktu kerana sembahyang itu mencegah kemungkaran.
Bersyukur aku kepada Allah kerana aku telah dikurniakan banyak ilmu pengetahuan dan pengelaman hidup. Yang penting sekarang adalah menggunakannya dengan sebaik mungkin untuk memajukan diri bagi kesejahteraan hidup yang diredhai Allah.Aku bertuah kerana dikurniakan sebuah rumah di Petaling Jaya sebagai tempat menginap bila berada di Pusat Komersil di Bandaraya Kuala Lumpur dan sebuah resort dinamakan Taman Rekreasi Kesihatan Kem Raja Billah di Slim Village. Adalah harapan aku Surau yang dinamakan Ramadhan yang aku bina di Taman tersebut akan menjadi Pusat Pengajian Islam berasaskan Al-Qur'an pada masa hadapan ,Insyaallah.
Hidup adalah diibaratkan sebagai suatu perjalanan. Aku berdoa semoga hidup dan mati aku kekal dalam Islam. Yang pasti hidup di dunia ini akan melalui dugaan dan doaku semoga Allah menguatkan iman aku supaya bersabar dan tidak putus asa.Ayat-ayat 52 hingga 58 Surah Az-Zumar juz ke 24 berikut adalah sebaik-baik peringatan supaya tidak berputus asa :-
52. (Mengapa mereka menda'wa demikian ) , tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya ,dan Ia juga yang menyempitkannya ? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan ( ilmu dan kebijaksanaan Allah ).
53. Katakanlah (wahai Muhammad ) : "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri ( dengan perbuatan-perbuatan ma'siat ), jangalah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa ; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun , lagi Maha Mengasihani.
54. "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat , serta berserah bulat-bulat kepadaNya , sebelum kamu didatangi azab ; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
55. "Dan turutlah - Al- Qur'an - sebaik-baik ( panduan hidup ) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu , sebelum kamu didatangi azab secara mengejut , sedang kamu tidak menyedarinya.
56. " (Diperintahkan demikian ) supaya jangan seseorang ( menyesal dengan ) berkata : ' sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipanku terhadap Allah , serta aku menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan ( ugama Allah dan penganut-penganutnya) ! -
57. " Atau berkata : 'Kalaulah Allah memberi hidayah pertunjuk kepadaku , tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ' "
58. "Atau berkata semasa ia melihat azab : 'Kalau aku dapat kembali ke dunia , nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan ! ' "